Kebanyakan orang akan fikir bila kurang bergaul hidup akan sunyi dan apabila mempunyai ramai kawan hidup akan lebih bahagia. Namun sejauh manakah kebenaran itu? Menurut kajian yang dipetik dari Hanasuva.com, mempunyai ramai kawan akan membuatkan seseorang itu hidup tidak bahagia kerana terdapat pelbagai kesan negatif apabila terlalu bergaul. Antaranya terpaksa berkorban masa dan sering tertekan kerana ingin menjaga banyak hati kawan-kawan. Sebaliknya, kurang bergaul dan tidak mempunyai terlalu ramai kawan pula dikatakan membuatkan seseorang akan hidup lebih bahagia dan mewah kerana tidak perlu terlalu berfikir tentang hati orang lain yang perlu dijaga. Dalam ramai-ramai kawan, ada yang jenis bermasalah dan bukan mudah untuk mendapat kawan yang benar-benar memahami disaat anda senang dan juga susah.
Pasti saja ada diantara kawan-kawan yang gemar berhutang dan lebih teruk lagi jika jenis liat nak membayar semula. Ini merupakan antara faktor yang membuatkan anda tidak sihat dan juga tidak dapat hidup mewah. Bayangkan kalau ada 10 orang kawan yang bermasalah dan sentiasa menggangu anda dengan masalah yang dihadapi, ia tentu membuatkan anda berserabut dan sengsara setiap masa. Jadi kesimpulannya, kita perlu jadi "kera sumbang" untuk hidup lebih bahagia? Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Apa pendapat anda tentang kajian ini? Bincangkan. - CARI |
12
Bagus |
9
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
24
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT