KOTA TINGGI - Lima penjenayah diberkas polis kira-kira satu jam setengah selepas menyamun di sebuah rumah di Felda Bukit Besar, Kulaijaya di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata suspek memecah masuk rumah itu kira-kira 2 pagi menggunakan pemotong besi dan melarikan satu unit Notebook, seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan tiga telefon bimbit. "Bertindak atas maklumat iaitu kira-kira pukul 3.30 pagi, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Besar telah terserempak dengan sebuah Perodua Kancil berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan simpang tiga Jalan Kota Tinggi–Kulaijaya berhampiran Orcard Golf Country Resort di sini. "Sebaik polis cuba menahan kereta berkenaan, suspek terus memecut keretanya menghala ke arah Kulaijaya namun berjaya ditahan tidak lama selepas itu," katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini hari ini. Katanya, seorang daripada suspek merupakan rakyat tempatan manakala empat lagi warga Indonesia dan polis menemui semula barangan yang disamun dalam kejadian itu bersama satu pemotong besi. Beliau berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam lebih lima kes samun di daerah Kota Tinggi termasuk di Felda Bukit Besar, Bandar Tenggara, Felda Adela dan Bandar Penawar. Kesemua suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan. - Bernama
|
12
Bagus |
5
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eLiaD posted on 31-7-2013 02:09 AM
dah tentulah makcik2 felda idup aman damai bro AN..jauh dr penyamun
Anak_Nogori posted on 31-7-2013 02:15 AM
kais pagi makan pagi..kais petang makan petang....hidup aman damai ko kata???....
Anak_Nogori posted on 31-7-2013 02:15 AM
kais pagi makan pagi..kais petang makan petang....hidup aman damai ko kata???....
eLiaD posted on 31-7-2013 02:29 AM
ni ang cita zaman bila bro?...penat2 makcik pakcik pangkah dacin..
ADVERTISEMENT