CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Silap Tu, Mandi Bunga Bukan Untuk Buang Sial, Ada Banyak Manfaat Sebenarnya!

27-9-2016 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11552| Komen: 18

oleh Adib Za

Masyarakat Melayu memang sinonim dengan mandi bunga sejak dahulu lagi. 

Meskipun sesetengah pihak memandang ia sebagai sesuatu yang negatif. Katanya bagi membuang sial atau pun bagi wanita yang digelar 'andartu'.


Salah tu! Sebenarnya terlalu banyak kebaikan mandi bunga. Tak menghairankan ia menjadi rutin dalam rawatan di spa-spa mewah sekalipun pada masa ini. 

Sebenarnya ia adalah sebagai salah satu cara menaikkan seri wajah, kerana bunga-bunga yang digunakan mempunyai banyak manfaat kepada kulit dan juga badan. 

Antara lain, fungsi mandi bunga termasuklah membersihkan tubuh, menyegarkan badan, menghilangkan penat dan lesu serta mencantikkan kulit. 

Memetik Blog pusat-rawatan, setiap bunga dan juga limau yang digunakan mempunyai manfaat tertentu, seperti berikut:




Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.

Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.

Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.

Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.

Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.

Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.

Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.

Limau susu - melembutkan kulit. 


Oleh itu, di manakah kesalahan mendapatkan rawatan mandi bunga? Sesiapa pun boleh mendapatkan rawatan ini, tidak kiralah wanita yang masih bujang mahupun berkahwin. - CARI 


Foto: Carian google

17

Bagus
16

Marah
20

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ihtisyam1 28-9-2016 02:24 PM
Ai sebulan sekali mandi air limau purut 7 hari berturut utk kesegaran

Kalau tensen pun ai buat at least 3 hari

Guna limau purut coz buah tu je yang banyak kat rumah
Quote CARI-MAMS 28-9-2016 03:02 PM
iya ke..bagusnya awak
Quote nut.legacy 28-9-2016 05:23 PM
utk naik seri wajah pn bagus jugak
Quote Elle_mujigae 28-9-2016 11:45 PM
I love mandi bunga rose...

beza oo kalau spa treatment tu diakhiri dengan mandi bunga dengan yg mandi susu/rempah je...selalu kalau ambil yg mandi bunga tu kita akan rasa lebih segar dan ceria lepas rawatan spa tersebut....

tapi mandi bunga biasa kat spa dengan mandi bunga ikut aturan menjaga kecantikan masyarakat  Melayu lama ni lain sikit..kalau kat spa setakat berendam je...yang cara Melayu lama ni siap kena ada 7 jenis bunga dan 7 jenis warna bunga gitu...diembun semalaman...

masa pergi ceramah untuk bakal pengantin last year,  ada kak Bidan Siti Aishah ajar cara nak buat mandi bunga sendiri....  tapi kita tak pernah try lagi...takut ada orang masuk meminang pula nanti..lol...
Quote Elle_mujigae 28-9-2016 11:51 PM
Edited by Elle_mujigae at 28-9-2016 11:52 PM
kalau untuk saja2 berendam...letak susu/santan, kelopak bunga rose dan hirisan limau purut dah best dah... ni ramuan yg  kita perasan kat spa yg kita selalu pergi la... hirisan limau purut tu boleh tenyeh2 kat badan masa berendam tu... wangi kulit nanti..hehe...

kelopak bunga rose boleh beli kat kedai bunga...selalu mereka jual sebungkus plastik runcit merah tu dalam RM10~ RM15...
Quote ayra.e 29-9-2016 02:14 PM
Besnye...nk buat la,,nk pergi spa ni lokek sikit duit..hihi
Quote kimbora 29-9-2016 10:19 PM
Elle_mujigae replied at 28-9-2016 11:45 PM
I love mandi bunga rose...

beza oo kalau spa treatment tu diakhiri dengan mandi bunga deng ...

ajar uols camne nk buat mandi bunga sendiri tu     
Quote xyhxxy 30-9-2016 11:38 AM
mana nak cari cempaka kuning ni. hahahaaa
Quote Elle_mujigae 9-10-2016 12:08 PM
Edited by Elle_mujigae at 9-10-2016 12:17 PM
kimbora replied at 29-9-2016 10:19 PM
ajar uols camne nk buat mandi bunga sendiri tu

hehe sure boleh uols...


Mandi bunga

  • guna 7 jenis bunga dan 7 warna bunga yang berlainan.
  • Menggunakan bunga-bunga wangi. Penceramah tak galakkan guna Bunga Melur walaupun bunga ni termasuk bunga yg wangi..
  • Bunga2 diletakkan dalam satu bekas dan dicampur dengan air dan perah  limau purut 3 biji.
  • Diembun semalaman dengan cara diletakkan di luar rumah (ditempat ada atap, bukan tempat terbuka), tutup bekas dengan kain batik.
  • Pagi-pagi sebelum Subuh, mandi dengan air rendaman. Mula dengan basuh kaki dan naik ke atas sampai bahagian badan.
  • Biar 60 saat, rasa meremang sbb sejuk,  baru basuh rambut.
  • Dan niat dalam hati, supaya zat bunga2 ini memberi ketenangan pada wajah dan dalam diri. dan boleh niat yg lain2..niat yg baik2 tentunya...

That's all..

Oh,penceramah tu juga ada  beritahu, kalau ada pelanggan spa beliau nak datang mandi bunga esok hari, beliau akan puasa pada hari sebelum dan buat solat hajat dulu malam tu.So kalau kita nak buat mandi bunga sendiri, pun boleh berpuasa dan buat solat hajat juga..selalunya mandi bunga ni berkaitan dgn jodoh kan.so boleh la berdoa masa berbuka puasa dan buat solat hajat mohon jodoh yang baik2 pada malam kita prepare air rendaman bunga.... Sebelum Subuh pula terus mandi bunga..





Quote kimbora 9-10-2016 01:55 PM
Elle_mujigae replied at 9-10-2016 12:08 PM
hehe sure boleh uols...



thanks uols!penceramah tu ade buat kat spa ke?kalau mcm lg sng kat spa,iols nk pi spa je
Quote Elle_mujigae 9-10-2016 02:03 PM
Edited by Elle_mujigae at 9-10-2016 02:04 PM
kimbora replied at 9-10-2016 01:55 PM
thanks uols!penceramah tu ade buat kat spa ke?kalau mcm lg sng kat spa,iols nk pi spa je



ada...Spa beliau nama Pusat Rawatan Blessed Beauty..  https://www.facebook.com/pusatrawatanblessedbeauty/?fref=ts
sebelum ni kat Seksyen 22 Shah Alam tapi sekarang dah berpindah ke Seksyen 25...

Pusat Rawatan Blessed Beauty telah berpindah dan mula beroperasi penuh di

No 8 Jalan Pesona 25/11D, Pesona Kemuning Seksyen 25, 40400 Shah Alam Selangor.
Waktu beroperasi isnin - sabtu, 9 am - 5 pm.
Tempahan rawatan, pembelian produk, konsultasi dan pertanyaan lokasi rawatan boleh whatsapp ke 01133555754.







Quote kimbora 9-10-2016 06:35 PM
Elle_mujigae replied at 9-10-2016 02:03 PM
ada...Spa beliau nama Pusat Rawatan Blessed Beauty..  https://www.facebook.com/pusatrawatanble ...

thankssss dear    
Quote green~tea 12-10-2016 02:55 PM
Kalo mandi & titik je essential oil (from bebunga) pun ok je kan... mmg i ada amal essential oil pun... really quick relief...

I pun baru start amal rose buds / chrysanthemum/ jasmine/ chamomile tea... takde campur sekaligus, but i amal ikut my condition la
Quote fefeeling 1-1-2017 11:18 PM
I cant stand bau air mawar
Quote fefeeling 1-1-2017 11:19 PM
Mengimbau kenangan mandikan/kapankan jenazah huhu
Quote life_love 31-1-2017 08:16 PM
seeloknya berape kali nak mandi bunga yer...
tertarik nak buat....da try 2-3kali
Quote Qnqn 4-2-2017 11:50 AM
ihtisyam1 replied at 28-9-2016 02:24 PM
Ai sebulan sekali mandi air limau purut 7 hari berturut utk kesegaran

Kalau tensen pun ai buat at ...

Nak try tips ni!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071923 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top