Oleh : TS LOO Menurut laporan Perkhidmatan Berita South West (SWNS), seorang jurufoto amatur bernama Ian Bremner secara tidak sengaja berjaya menangkap gambar raksasa tasik Loch Ness yang turut digelar ‘nessie’ di gudang Wiski. Pada mulanya dia sendiri pun tidak menyangka bahawa itu adalah ‘nessie’ namun setelah diteliti, kemungkinan besar gambar tersebut adalah raksasa tasik itu. Menurutnya, dia berada di kawasan itu berhampiran dengan persisiran barat tasik tersebut untuk mencari rusa merah. “Sebelum ini, saya tidak begitu mempercayai kewujudannya namun kini saya sudah bertukar fikiran.”
Tiada siapa yang menyangkal kemungkinan gambar yang diambil oleh Bremner itu adalah raksasa tasik Loch Ness namun begitu masih tiada yang mengesahkan gambar tersebut adalah benar. Kali terakhir ‘nessie' dilihat adalah pada tahun 2015 oleh Google Street View yang membolehkan pengguna menyelami dasar tasik Loch Ness itu.- CARI sumber info: www.mirror.co.uk
|
ADVERTISEMENT