oleh Adib ZA Selepas penyanyi Mas Idayu melebarkan sayapnya di negara seberang, kini tiba masanya penyanyi Ifa Raziah membawa nama bukan sahaja dirinya malah nama negara sebagai pengkritik di D'Academy Asia.
Ia merupakan tawaran yang sangat besar dan bermakna buat penyanyi itu selepas ia diajukan sendiri oleh wakil penerbit program berbentuk realiti terbabit. "Saya tidak sangka rupa-rupanya ketika berjumpa dengan Pak Ekin, saya sedang diuji bakat. Syukur kerana mereka percaya dengan kebolehan saya," katanya kepada Berita Harian. "Berikutan rancangan terbabit disiarkan sebanyak 100 episod, masa saya memang banyak akan dihabiskan di sana. "Saya juga akan menggunakan kesempatan berkenaan bagi mencari peluang mencuba bakat di negara itu, selain mempromosikan single terbaharu," kata Ifa lagi, yang sangat berterima kasih dengan komposer Pak Ngah dan penyanyi Singapure, Rosalina Musa yang mencadangkan namanya.
Dalam pada itu, Ifa baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Terus Terang. - CARI |
22
Bagus |
25
Marah |
42
Terkejut |
27
Sedih |
29
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bolabulat replied at 23-9-2016 02:03 PM
Habis tu mas idayu tak adalah tahun ni?? Naaahhh aku malas ar tengok klu dia ni straight 100 episod
ADVERTISEMENT