CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perlu Ke Sampai Pening Kepala Tentang Polisi 'Real Name' Di Facebook?

22-9-2016 07:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7720| Komen: 30|Original author: Oleh: Adib Za


Kecoh sejak dua menjak ini semua pengguna Facebook diminta untuk menukar menggunakan nama sebenar mereka di laman sosial Facebook. 

Ia sebenarnya bukan sahaja menakutkan ramai pengguna di negara ini kerana menggunakan nama palsu, malah ia turut menjadi kontroversi di seluruh dunia. 

Masakan tidak, di kala Facebook mahu seseorang itu menggunakan nama asalnya, ada sekelompok individu yang tak mahu identiti asal mereka diketahui.

Ini termasuklah golongan LGBT, pondan mahupun pengkid. Mereka mempunyai nama pilihan mereka sendiri dan tak mahulah dengan wajah ayu namun ditukar kepada nama asal mereka yang sudah jelas terang adalah nama lelaki.

Ini adalah salah satu contoh golongan yang menentang penggunaan nama sebenar di laman sosial. Selain itu, ada yang mengaitkan dengan isu keselamatan, privasi dan sebagainya. 

Bagaimana pun, pengasas Facebook itu sendiri, Mark Zukerberg berkata policy nama sebenar yang menjadi bualan hangat di laman sosial bukanlah bermaksud nama 'sebiji-biji' seperti dalam IC.


Ya, bukan semudah itu. Jika rakan anda memanggil anda dengan nickname atau nama timangan tertentu, sudah pasti itu turut boleh dipanggil nama sebenar anda. 

Yang menjadi kesalahan bukan nama sebenar, ialah menggunakan nama objek lain sebagai nama manusia. 

Tak perlu peningkan kepala dengan isu ini. Memang tak dinafikan ramai yang keliru dengan isu ini. Nak mudahkan pemahaman anda, lihat perkongsian mudah daripada netizen ini. 



Mudah, bukan untuk memahaminya? Berikut pula merupakan komen yang diberikan oleh netizen berhubung isu ini. 




Mungkin ada banyak kebaikannya bila menggunakan nama sendiri di laman Facebook. Tak perlu lagi berpura-pura dengan nama dan gambar palsu, sedangkan jari-jemari anda hebat bermain papan kekunci untuk menjadi 'keyboard warrior' yang sering membuat situasi jadi kelam-kabut dan huru-hara.

Itu adalah salah satunya kelebihan polisi ini. Selebihnya, boleh tanya pada diri sampai bila ingin menggunakan identiti palsu ya? - CARI 



Antara golongan yang mengecam Facebook

3

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DhiaAmani

  • Knowlee


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inezkhalidi 22-9-2016 08:23 PM
Fancynya bagi nama anak Nokia... Nasib tak ada nama Alcatel.
Quote HazeLJoseph 22-9-2016 08:34 PM
Adakah sebenarnya dia nak letak norkia,sonya,ericferguson
Quote cicicumel 22-9-2016 09:04 PM
Agenda yahudi illuminati nak locate smua manusia dlm satu database katanya
Quote AbukRokok 22-9-2016 09:37 PM
perlu ke nak nama bukan nama tyipu?
xckup ckup lagi ke FB data mining gelagat manusia utk wang?
Quote nuyunnisa 22-9-2016 09:47 PM

Aku ade customer nama Spray anak Bili..kalo dia ade FB harap dia tidak kepeningann..
Quote Ferr_Remy 22-9-2016 10:51 PM
Tet salah. Klu ade yg report korg pakai nama tipu, FB deactivate profile korg pastu klu nak aktifkan blk kena anto salinan Identity Card pastu diorg tukar kan, blh login blk pastu x leh tukar nama forever n ever
Quote sayawifenikmie 23-9-2016 12:04 AM
Ferr_Remy replied at 22-9-2016 10:51 PM
Tet salah. Klu ade yg report korg pakai nama tipu, FB deactivate profile korg pastu klu nak aktifkan ...

tettt ........ tak tepat... ada jer cara lain.
Quote cariplease 23-9-2016 01:18 AM
trimas.. baru paham alkisah fesbook ni
Quote Ferr_Remy 23-9-2016 08:11 AM
sayawifenikmie replied at 23-9-2016 12:04 AM
tettt ........ tak tepat... ada jer cara lain.

Sis, iols da kena da. Cuba kasi cara nak tukar nama. Dlu ade sekor date iols yg direject kenakan iols. Smpai skrg da x leh tukar nama
Quote amyza 23-9-2016 08:33 AM
Macam2 lah fb ni. Nama pun nak jadi isu.sukahati lah nak letak nama apa pun.
Quote Sayaaa 23-9-2016 10:05 AM
Ooh macam tu. Bru tahu
Quote boyagombak 23-9-2016 10:28 AM
Spttnya akaun fb WeLovePM didelete ajer krn bnyk yg likes adalah zombies kg pisang.
Quote -electrifying- 23-9-2016 11:01 AM
nsb gua mmg guna nama sebenar dr dlu
Quote kucen_miang 23-9-2016 12:06 PM
Inezkhalidi replied at 22-9-2016 08:23 PM
Fancynya bagi nama anak Nokia... Nasib tak ada nama Alcatel.

norkiah takpa lagi. besar nnt keja cikgu sekolah masak memasak.
Quote tombolpintu 23-9-2016 12:11 PM
mujur aku tak da FB
Quote makbedah 23-9-2016 12:11 PM
Terbaca yg alasan supaya tak ada penipuan identiti. But sebenarnya susah nak ckp. sebab ada je org nak private kan semua benda, so ltk nama glamer je, ye lah zaman teknologi skrg, gmbr ,nama,tarikh lahir dikongsi kan bahaya.
Quote missinpiece 23-9-2016 04:21 PM
Me jarang percaya any user info kt fesbuk tu. Degree cert pon org boleh tipu, apela yg u boleh expect daripd media sosial. X pahamla ngan org yg nk skema2 ni
Quote fish 23-9-2016 04:46 PM
kat Sabah ni aku penah je jumpa nama katak, pensil, satu, dua, mata, kanta, mcm2 la... jenuh...
Quote applemy 23-9-2016 04:58 PM
Pigi la FB, dah tak laku dah sekarang ni..

FB is soooo 2010.. dlm kalangan family, ai dgn mak ai je takde FB.. moga pihak zionis tak memburu insan yg cantik rupawan mcm ai ni................. lariiiiiiiiii

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.125149 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top