CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Senarai Kereta Yg Menjadi Kegemaran Pencuri Di Malaysia, Proton Wira Nombor 1

22-9-2016 07:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9878| Komen: 27|Original author: Oleh : Dean BZ


Kadar kecurian kenderaan di Malaysia dilihat sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai faktor yang memungkinkan terjadinya banyak kes curi kenderaan.

Salah satu faktor adalah kecuaian pemilik kenderaan yang mungkin tidak menitikberatkan soal ciri-ciri keselamatan pada kenderaan seperti mengunci kenderaan dengan kunci tambahan. 

Kes kecurian kereta selalunya bersifat jenayah terancang yang membabitkan sindiket haram. Kereta dicuri bagi tujuan untuk dijual atau bahagian-bahagian (spare part) kereta dijual di pasaran gelap. 

Menurut laporan Mstar, sebanyak 60 buah kenderaan dicuri setiap hari di Malaysia, data tersebut dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM).

Senarai yang dikeluarkan oleh PIAM itu turut mendedahkan sebanyak 11,796 buah kenderaan dicuri bermula dari Januari sehingga Jun tahun ini berbanding dengan 12,412 buah kenderaan dicuri dalam tempoh yang sama pada 2015.


Selain itu, PIAM juga mengeluarkan senarai kereta yang menjadi kegemaran pencuri kenderaan pada tahun 2015 dan 2014.

Menerusi senarai yang dikeluarkan, Proton Wira merupakan kereta yang paling kerap dicuri dan menjadi kegemaran pencuri kenderaan bagi kedua-dua tahun tersebut diikuti dengan Toyota Hilux dan Proton Iswara.

Gambar Hiasan

Kenderaan kedua yang kerap dicuri adalah Toyota Hilux (595), Proton Iswara (552), Perodua Kancil (550), Proton Waja (538), Perodua Myvi (379), Proton Saga (318), Proton Satria (238), Nissan Vanette (208) dan Honda Civic (200).

Jika semakin banyak kereta lama masih digunakan, permintaan alat ganti terpakai kereta itu di pasaran juga akan semakin meningkat. Bekalan alat ganti terpakai kemungkinan besar juga datang dari kereta-kereta curi yang telah dileraikan. - CARI.

Kredit foto - The Star

32

Bagus
19

Marah
23

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 22-9-2016 07:39 PM
Nisan Vanette...? Kennot brain dis.
Quote vender 22-9-2016 07:56 PM
motip honda tak tersenarai?
Quote melinda_kerr 22-9-2016 08:02 PM
vellfire??? bersepah vellfire kena curi.
Quote Cloudfly 22-9-2016 08:18 PM
Alhamdulillah..keta iols x terlist dlm fv pencurii.
Quote TuntungReturn 22-9-2016 08:22 PM
kebanyakan mekanik pakai wira. aku pun x tas npe.
Quote TuntungReturn 22-9-2016 08:22 PM
*x taw
Quote jazaa100 22-9-2016 08:32 PM
masa aku pakai wira dulu, aku selalu harap keta tu dicuri....tak de pulak org nk amik...aku tgalkn tak berkunci pun tak pe...
Quote shark 22-9-2016 08:41 PM
Kena curi sebab security system kereta tu x bagus ke?
Quote Teru2Bozu 22-9-2016 09:15 PM
waah..ferari kecik i olls pun tersenarai . dua2 jenis keta lak tu.
Quote AbukRokok 22-9-2016 09:51 PM
Preve xde ek?
Quote mehmet 22-9-2016 10:07 PM
Majikan aku Madam relax guna Wira. Bangga lagi Legend itu legend. Staffs pelhagai brand kereta sekali sama aku.
Quote hanisbunny 23-9-2016 04:11 AM
airfilterkotor replied at 22-9-2016 07:39 PM
Nisan Vanette...? Kennot brain dis.

mungkin market tggi di kalangan peniaga2 kot
Quote wirazam 23-9-2016 07:12 AM
biar benar..tahun bila tu...rasanya civic, toyota rush dan satu lagi hilux kit yg byk kena sailang..
Quote Sayaaa 23-9-2016 08:31 AM
seriously wira
Quote ipin 23-9-2016 08:33 AM
untuk buat tukun  
Quote cocorex 23-9-2016 08:36 AM
Kalo pkai wira boleh fefeeling bwk evo
Quote altimi 23-9-2016 08:37 AM
Satria GTI & Civic FD2......rempit suka kereta ni
Quote Manjahati 23-9-2016 08:40 AM
Senarai ni biar betul... sbb rasanyer bnyk lg kereta jenis lain yg kerap hilang
Quote matchstick 23-9-2016 09:49 AM
Vellfire che ta msuk list ka..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062342 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top