Jika anda merancang untuk melancong di negara Perancis pada masa akan datang, pastikan mengambil jalan betul ya ketika di sana. Kalau nak tahu, jika tersalah jalan, anda mungkin melalui jalan yang mungkin hilang pada waktu tertentu!
Jalan yang menghubungkan kawasan Gulf of Burnef dengan kepulauan Noirmoutier ini memang unik dalam masa yang sama sangat berbahaya juga! Dipanggil sebagai Passage du Gois, ia merupakan jalan sepanjang 2.58 batu atau bersamaan 4.1 km dibina pada aras 13 kaki di bawah paras air laut. Jadi, anda hanya boleh melalui jalan ini pada waktu air surut, iaitu sebanyak dua kali sehari selama beberapa jam sahaja.
Jika anda terlewat, mungkin akan terperangkap di tengah jalan yang akan ditenggelami air laut. Jangan terkejut ya memang ada banyak kejadian di mana pemandu terperangkap ketika air semakin naik, namun di situ di bina menara keselamatan yang boleh dijadikan tempat untuk menanti bantuan daripada pihak berwajib. Menarik, dalam masa yang sama menakutkan, bukan? - CARI |
cmf_Kimmy replied at 22-9-2016 02:18 PM
pernah pergi kat satu castle on the way nak ke newscatle upon tyne , ada jalan yg mcm ni. Bila air p ...
eizarz replied at 23-9-2016 08:23 AM
ape nama castle tu?apsal aku x pernah tau
ADVERTISEMENT