CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beg Tangan Kucing Ini, Apa Beza Dengan Beg Kulit Haiwan Yang Lain?

21-9-2016 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10775| Komen: 35|Original author: Oleh: Adib Za


Tak sanggup rasanya memakai atau membeli beg yang diperbuat daripada kucing sebenar ini. Nampaknya ia telah menjadi viral di laman sosial selepas ramai yang tak menyangka beg ini adalah kucing sebenar yang telah diawet. 


Sekali pandang, memang nampak 'real' betul beg tangan yang satu ini. Penuh dengan bulu persis kucing sebenar. Bukan itu sahaja, memang ia direka mirip kucing sebenar dengan adanya kepala kucing bersekali pada beg tersebut. 

Namun, sebenarnya ia adalah hasil tangan seorang pengawet haiwan dari New Zealand, Claire Third yang memang menggunakan bangkai kucing sebenar! Dia berkata pernah satu hari terlihat seekor kucing mati di tepi jalan. 

Tak mahu 'membazir', dia segera mengawet bangkai kucing itu sebelum menjadikan ia sebuah beg tangan yang mungkin menakutkan sesetengah orang. 




Wanita ini berkata, tiada mana-mana haiwan yang dibunuh untuk diawet sebelum dijadikan beg. Dia menghabiskan masa sehingga 300 jam untuk menyiapkan beg berkenaan dan menyimpannya di dalam peti sejuk selama 7 tahun, sebelum mengambil keputusan untuk menjualnya secara online. 

Beg itu kini boleh dimiliki di laman Trade Me apabila ia mula dilelong dengan harga permulaan RM4,255. 

Sudah tentu wanita ini menerima banyak kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju dengan penjualan beg kucing itu.

"Biarkan kucing itu sendiri dan meninggal dengan tenang," ujar seorang netizen. 

"Bagaimana jika seseorang tembak anda dan mengawet anda, suka ke tak? Pasti tak kan?" marah lagi seorang netizen. 




Namun, jangan terkejut jika dikatakan masih ramai yang berminat dengan idea dan rekaan daripada Claire ini. 

Apa pun Claire menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan pelbagai komen negatif yang diterimanya. Sambil berkata sinis,"Memang ramai manusia pelik di luar sana, mungkin sekarang mereka pun sedang duduk di sofa yang menggunakan kulit binatang!"

Nampaknya ada benarnya kata wanita ini, apa bezanya beg kucing ini dengan beg yang menggunakan kulit haiwan sebenar? - CARI


Foto: Metro UK

23

Bagus
38

Marah
31

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 21-9-2016 06:48 PM
xsanggup lahaii
Quote makneng 21-9-2016 08:10 PM
Mmg la x nk 'membazir'  tp bukan gini caranya.  Sick people!
Quote mirebus 21-9-2016 09:23 PM
kesiannya. mcm terseksa je kucing dibuat mcm tu. walaupun kucing tu dah mati huhuhuhuju
Quote susukambingbest 21-9-2016 09:26 PM
serammm weiii, dorang xseram ke
Quote Artemesiaa 21-9-2016 09:40 PM
Sebab ada kepala tercongok kat bag tu le buat orang marah
Quote Sakurahana 21-9-2016 10:35 PM
Kucing tu duk renung je. Seram la.
Quote missDollie 21-9-2016 11:23 PM
Edited by missDollie at 21-9-2016 03:36 PM

Memang sick.. Tak hormati haiwan walopun dah mati..
Quote Levespa 21-9-2016 11:38 PM
Sofa kulit lembu kalau ada sekali dengan kepala lembu pun memang org akan marah jugak
Quote L211 22-9-2016 12:49 AM
seram shit.. buat badi kucing tu ada kat beg tu tak ke naya
Quote makbedah 22-9-2016 01:07 AM
scary juga benda ni....
Quote chinta89 22-9-2016 08:51 AM
yg jd isu disini sb terang2 guna kepala kucing kan..

kalau beli beg buaya, kalau org letak kepala buaya, tentu org marah tp sb x letak kepala boya tu terus dimaafkan..

try buang kepala kucing, kompem x kecoh.

so, sape yg sick people sebenarnya? kompen yg mengata tu x penah beli barangan dari kulit haiwan?

#ludahkenamukasendiri.
Quote Loloq89 22-9-2016 09:21 AM
kalo ye pon xyh la letak kepala

tgk mlm2 pon ngeri wei
Quote ratna 22-9-2016 09:37 AM
kucing idup tenung kita pun...rasa semacam..

apa lagi yg dah mati...huh...skeri ler
Quote mzzenma 22-9-2016 10:35 AM
after this tak mustahil dia akan bunuh kucing yang hidup untuk dapatkan kulit

sama mcm those yang pukul baby kangaroo sampai mti, bunuh buaya etc..semua utk dapatkan kulit buat beg and kasut

Quote gigahertz 22-9-2016 10:46 AM
mzzenma replied at 22-9-2016 02:35 AM
after this tak mustahil dia akan bunuh kucing yang hidup untuk dapatkan kulit

sama mcm those yang ...

kalau dia berjaya lelong beg tu harga tinggi. kucing rumah aku dalam bbahaya tak boleh keluar tgk sunset.
Quote mzzenma 22-9-2016 10:59 AM
gigahertz replied at 22-9-2016 10:46 AM
kalau dia berjaya lelong beg tu harga tinggi. kucing rumah aku dalam bbahaya  tak boleh kelua ...

tu lah..mzz pun nak kena lock up kucing2 dah..kang tak pepasal jadi beg

maaf ye kucing..nak duk rumah ke nak jadi beg?
Quote ainacute 22-9-2016 11:29 AM
tgk kepala kucing tue... nampak seram..
Quote sayapghaib 22-9-2016 12:13 PM
kerana ia bangkai binatang yg tidak halal dimakan  dan juga masih kekal berbulu ,ia dikategorikan sebagai najis dalam mazhab Syafie.Kalau nak guna kulit binatang yg tidak halal dimakan mestilah di tanggalkan sekalian bulunya .contohnya belulang harimau,mesti hilangkan terus bulunya.
Quote mizzacu 22-9-2016 12:27 PM
manusia dah gila ke??

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053094 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top