|
oleh Adib ZA Perpisahan pasangan fenomena, Angelina Jolie dan Brad Pitt nampaknya telah mencetuskan kesedihan kepada peminat mereka.
Dikenali dengan nama Brangelina, nama pasangan ini telah mendominasi laman sosial kira-kira 720 kali disebut di Twitter bagi setiap minit sejak semalam. Selepas bercinta selama 12 tahun termasuk perkahwinan 2 tahun, pasangan ini akhirnya dilaporkan bercerai. Memetik laman TMZ, Angelina yang senang dipanggil Angie, 41 yang telah memfailkan perceraian tersebut. Antara lain, katanya tiada lagi keserasian dan haluan yang sama antara mereka.
Dalam pada itu, dikatakan penyalahgunaan ubat oleh Brad Pitt turut menjadi punca Angie mahukan perceraian. Tak kurang juga adanya laporan yang mengatakan Angie tidak bersetuju dan juga 'kecewa' dengan cara Brad mengasuh anak-anaknya. Bercakap kepada media, Brad, 52 berkata, "Saya berasa sangat sedih mengenai perceraian ini, namun yang paling penting kini ialah keadaan anak-anak kami." Pasangan ini memiliki 6 orang anak, Maddox,15, Pax,12, Zahara,11, Shiloh,10, dan kembar Knox dan Vivienne, 8 tahun. Mereka telah berkahwin dalam satu upacara tertutup di Perancis pada 2014, namun sebelum itu telah bercinta dan hidup bersama sejak 2004. - CARI |
|
22
![]() Bagus |
13
![]() Marah |
17
![]() Terkejut |
48
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

dauswq replied at 21-9-2016 12:23 AM
sedih jeniffer aniston
klu kahwin baru, dh tak leh peknen

Mary_jane replied at 21-9-2016 01:50 AM
Berpisah jua.

alieyrina replied at 21-9-2016 07:59 AM
Derang ni kawen ka x..
ADVERTISEMENT