oleh Adib Za Penyanyi baru yang semakin meningkat naik, Aiman Tino berkata dia tidak berasa malu membantu keluarganya membuat char kuew tiow meskipun sudah dikenali.
Penyanyi berusia 18 tahun itu kini telah mencatatkan rekod tersendiri bila lagu pertamanya, Ku Rela Dibenci meraih hampir 14 juta tontonan hanya dalam masa 4 bulan. "Selepas tamat sekolah saya bekerja bantu ayah di restoran Asam Pedas di Dataran Kuala Kubu Bharu milik bapa dengan membuat char kway teow dan nasi lemak. "Pekerjaan ini memang sudah menjadi sumber rezeki kami sekeluarga dan walaupun sudah bergelar artis, saya tetap meneruskan kerja saya itu jika tiada sebarang persembahan. "Saya tidak pula rasa malu dengan kerja tersebut, sebaliknya gembira kerana ramai pula peminat yang datang untuk bergambar," ujarnya kepada Mstar Online.
Untuk rekod, lagu pertamanya itu telah dicipta oleh bapanya sendiri, Yusri Ismail. Aiman juga bakal mengeluarkan single kedua bertajuk Permata Cinta, yang turut dicipta oleh bapanya itu. Dalam pada itu, Aiman berkata Tino pada namanya tiada kena mengena dengan penyanyi Herman Tino. Sebaliknya dia sering digelar sedemikian kerana ibunya terlalu meminati penyanyi legenda itu. - CARI Sumber: Mstar Online |
30
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aduradura replied at 21-9-2016 05:53 AM
Dulu ingat mamat topeng ni aiman tino
Aduradura replied at 21-9-2016 01:53 PM
Dulu ingat mamat topeng ni aiman tino
Aduradura replied at 21-9-2016 01:53 PM
Dulu ingat mamat topeng ni aiman tino
ADVERTISEMENT