CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Lelaki Rogol Seorang Gadis Remaja!

30-7-2013 04:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13764| Komen: 55




  • Ketiga-tiga suspek berusia 17 tahun ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibicarakan secara tertutup di Mahkamah Majistret Maran, semalam.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]



TEMERLOH - Lapan lelaki termasuk empat remaja di bawah umur dituduh di Mahkamah Sesyen Temerloh dan Mahkamah Majistret Maran semalam atas tuduhan bersubahat dan merogol seorang remaja berusia 14 tahun.

Di Temerloh, lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan bersubahat dan merogol secara bergilir-gilir gadis berusia 14 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tanah lapang laluan masuk ke dalam ladang getah Bukit Kebuk, Maran di antara jam 2.50 pagi hingga 3.15 pagi, 22 Julai lalu.

Bagaimanapun, kesemua yang didakwa iaitu Muhammad Hafizzi Zulkarnain, 20, Mohd Amirul Farhan Mohamad Shahaimi, 19, Mohd Iqra Isman Kamsoha, 18, dan Muhammad Waliyuddin Ahmad Basri, 20 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Muhammad Hafizzi dan Mohd Amirul Farhan yang didakwa merogol remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Mohd Iqra Isman dan Muhammad Waliyuddin pula dituduh bersubahat merogol mangsa bersama Muhammad Hafizzi dan Mohd Amirul Farhan dan empat lagi rakan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376(1) kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Hakim Habibah Mohamed Yusof mengarahkan kelima-lima tertuduh dikenakan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Elyna Othman dan peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar mewakili Mohd Amirul Farhan manakala tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Mohd Iqra Isman dan Muhammad Waliyuddin pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan rogol terhadap mangsa bersama Muhammad Hafizzi dan Mohd Amirul Farhan dan empat rakan juvana mereka pada hari dan tempat yang sama di antara jam 2.50 pagi hingga 3.10 pagi.  

Sementara itu, Majistret  Mahkamah Majistret Maran, Muhammad Noor Firdaus Rosli mengarahkan tiga lagi tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Tertuduh, Seorang pelajar tingkatan lima dan dua lagi sebayanya yang tidak bersekolah masing-masing didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Tertuduh masing-masing didakwa atas kesalahan di lokasi sama namun pada masa berlainan kerana melakukannya secara bergilir-gilir.
Muhammad Noor menetapkan sebutan semula kes pada 28 Ogos depan untuk rundingan pra bicara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Md Ali.
Pada 23 Julai lalu, kesemua lapan suspek kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Bukit Kebuk berjaya ditahan pihak polis dan ditahan reman sehingga 26 Julai untuk membantu siasatan.
Tiga daripada suspek berkenaan ditahan di tempat kejadian kira-kira jam 3 pagi itu sementara lima rakan suspek lain pada keesokan harinya.


6

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 30-7-2013 02:25 PM
Berani buat berani tanggung
Quote worldonfire 30-7-2013 02:30 PM
BotakChinPeng posted on 30-7-2013 02:25 PM
Berani buat berani tanggung

berani berak berani cangkung....
Quote sueism 30-7-2013 02:38 PM
Kalau x rogol ,gangbang, tembak menembak memang bukan Malaysia
Quote BotakChinPeng 30-7-2013 02:38 PM
worldonfire posted on 30-7-2013 02:30 PM
berani berak berani cangkung....

betul tuh
Quote worldonfire 30-7-2013 02:39 PM
sueism posted on 30-7-2013 02:38 PM
Kalau x rogol ,gangbang, tembak menembak memang bukan Malaysia

ragut, rogol, tembak... itu jer lah org malaysia reti buat.... no wonder tukaran duit jatuh....
Quote worldonfire 30-7-2013 02:40 PM
BotakChinPeng posted on 30-7-2013 02:38 PM
betul tuh

x dinafikan lagi....
Quote sueism 30-7-2013 02:41 PM
worldonfire posted on 29-7-2013 08:39 PM
ragut, rogol, tembak... itu jer lah org malaysia reti buat.... no wonder tukaran duit jatuh....  ...

Tu pun masih ada menteri yg kata ringgit Malaysia kukuh dia bandingkan dengan USD
Quote worldonfire 30-7-2013 02:42 PM
sueism posted on 30-7-2013 02:41 PM
Tu pun masih ada menteri yg kata ringgit Malaysia kukuh dia bandingkan dengan USD

dah xder kerja kan... buat jerlah aktiviti2 rogol segala tu.... utk habiskan masa lapang...
Quote md.jie 30-7-2013 02:46 PM
kalu depa anak munteri sure boleh lepaih
Quote pakwetizzaqyah 30-7-2013 02:48 PM
geram je aku mendengar..elok diorang ni dihantar ke uganda untuk diliwat negro2 sana
Quote vespa_oren 30-7-2013 03:08 PM
md.jie posted on 30-7-2013 02:46 PM
kalu depa anak munteri sure boleh lepaih

Bukan salah seorang tertuduh anak exco negeri terengganu kan
Quote Leyla 30-7-2013 03:12 PM
ni la keje bebudak melayu..
sok2 dlm penjara penuh ngan melayu..
org asing yg teraju negara..

tetibamoodbertukargewammsgt


Quote mak_wa95 30-7-2013 04:16 PM
bearsubahat melakukan kesalahan rogol tu macamna
Quote Nash^Roy 30-7-2013 04:18 PM
melayu dan gangbang underage berpisah tiada..
Quote wak_karman 30-7-2013 04:29 PM
ooowhhh...dpt dah...
perangai manusia haram jadah
Quote axl_bach 30-7-2013 04:39 PM
worldonfire posted on 30-7-2013 02:30 PM
berani berak berani cangkung....

berani kangkang berani ngandung

Quote lolipopmanish 30-7-2013 04:44 PM
makin maju anak2 mude ni..ape nk jadi lah
Quote gaara_X 30-7-2013 04:51 PM
kat temerloh pun ada berlaku benda cam nie ke....???....ingatkan kat serambi mekah tadi......hihkhihhkhihkkk...
Quote chazey 30-7-2013 04:52 PM
ya ampun. memang trauma seumur hidup la dirogol jantan debab hodoh camni. 8 lak tuh. shit sangat jantan2 suka merogol ini. dah la hodoh, poket pun pokai tada duit sampai nak bayar ayam tua pun tak mampu. last2, terpaksa tipu budak kecik pura2 bercinta ngan dia pehtu bawa geng dia ramai2 rogol.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top