Oleh : Dean BZ Penyakit mental, gangguan mental, penyakit jiwa, atau gangguan jiwa, adalah gangguan yang mengenai satu atau lebih fungsi mental . Penyakit mental kini semakin dianggap sebagai penyakit serius kerana telah menjadi antara penyakit berbahaya yang melanda penduduk Malaysia. Memetik laporan FreeMalaysiaToday, penyakit mental dijangka menjadi penyakit kedua tertinggi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada tahun 2020, kata Ketua Jabatan Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah di sini, Dr Ruzita Jamaluddin. Beliau berkata laporan statistik mengenai penyakit itu sangat membimbangkan yang pada tahun 2008, kira-kira 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital kerajaan.
“Malah jumlah itu terus meningkat di mana sebanyak 2,000 kes baharu schizophrenia dilaporkan setiap tahun. Lebih membimbangkan apabila jumlah ini berkemungkinan tidak menggambarkan bilangan sebenar. “Masalah ini bertambah rumit apabila kurangnya pengetahuan berkaitan bahaya penyakit ini dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak mendapatkan sebarang rawatan atau hanya merawat secara tradisional,”. "Masalah kemurungan dipercayai menjadi punca utama kepada penyakit mental di mana akhir-akhir ini akhbar tempatan kerap melaporkan banyak kes bunuh diri, terjun bangunan, mencederakan diri atau orang lain" “Kemurungan kronik yang antaranya disebabkan oleh tekanan hidup boleh menyebabkan pesakit mengalami halusinasi dan keinginan untuk mencederakan atau membunuh diri, sekiranya tidak dirawat segera,” katanya lagi. Apakah punca penyakit jiwa? Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa atau mental ini. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara sebabnya adalah : Fizikal. Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita akibat dari tekanan. Keturunan. Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia. Apakah jenis-jenis penyakit jiwa? Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa atau mental ini dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat. Secara umumnya ianya boleh dibahagikan kepada tiga : 1. Kegelisahan (Neurosis). Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain. Seringkali berlaku akibat dari tekanan kehidupan dan persekitaran. Rasa rendah diri, hilangnya harga diri dan sentiasa gagal. 2. Kepiluan (Depression). Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan. 3. Psikosis. Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian. Jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti diatas secara kerap, segeralah ke klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat dari doktor. Cegah sebelum terlambat! - CARI Sumber - relaksminda.com/ Freemalaysiatoday |
29
Bagus |
25
Marah |
9
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manjalara_01 replied at 19-9-2016 10:04 PM
ade ke perkhidmatan percume utk nak dpt kepastian kite ni ade sakit mental ke x?
semua kena ade dui ...
Airabelle replied at 19-9-2016 10:37 PM
Aku ni susah nak tidur, takut jumpa orang, cakap dengan orang pun berpeluh-peluh, tergagap. Kenkadan ...
westaste1 replied at 19-9-2016 10:47 PM
berdasarkan tanda2 ni mcm ada kaitan dgn social anxiety, tapi boleh jadi benda lain so utk dptka ...
Airabelle replied at 19-9-2016 10:51 PM
Terima kasih. Nanti nak cuba buat la.. nak jumpa pakar tu la tak tahu kat mana, bila & berapa baya ...
westaste1 replied at 19-9-2016 10:12 PM
rasanya manja boleh buat appointment jumpa doktor2 pakar contoh pakai psikiatri, psikologi atau ...
HazeLJoseph replied at 20-9-2016 12:06 AM
Depress tu bukan asal stress ke kira depress.Dia ada jangka waktu dan ciri2 lain,silalah berjumpa de ...
ninnakarinna replied at 19-9-2016 09:21 PM
Kalau ikutkan..SEMUA org ada tanda2 atau gejala sakit mental ni..cuma it comes and go..ada yg severe ...
HazeLJoseph replied at 20-9-2016 12:06 AM
Depress tu bukan asal stress ke kira depress.Dia ada jangka waktu dan ciri2 lain,silalah berjumpa de ...
ADVERTISEMENT