CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Senarai Restoran Nasi Arab Terbaik di KL & Selangor Menurut Foursquare

19-9-2016 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23771| Komen: 28


Oleh : Dean BZ

Asyik makan nasi putih dan lauk pauk masakan ala Asia Tenggara, sesekali berubah selera menikmati masakan ala Timur Tenggah pun sedap juga.


Buat penggemar nasi Arab di sekitar Kuala Lumpur & Selangor yang ingin mencari restoran nasi Arab popular, disini ada 5 senarai restoran yang mungkin anda boleh cuba.

Ranking ini berdasarkan dari Foursquare yang mana mendapat hasil undian tertinggi dari pengguna-pengguna Foursquare.


1. RESTORAN AROMA HIJRAH (TTDI JAYA, SHAH ALAM)
Bermula dengan kedai 2 pintu, kini Restoran Aroma Hijrah kini sudah ada 4 pintu. Tentu sekali mempunyai pelanggan tetap yang datang semula setelah menikmati hidangan yang enak. MySelera.com ada ‘review’ untuk sesiapa yang mahu tahu bagaimana keadaan Restoran Aroma Hijrah ini. Ternyata, ini restoran nasi Arab paling popular di Shah Alam.


Lokasi:
NO 6 & 8, Jalan Opera H, TTDI Jaya, Shah Alam

Tempahan (Booking):
03-7832-1524 (Restoran)
012-6544838 (Hj Amin)
012-6644639 (Hjh Rohani)

Landmark:
Lebih kurang 3km dari Stadium Shah Alam, melepasi Politeknik Shah Alam atau 2km dari Space U8 Shopping Mall, Bukit Jelutong. 100 meter dari Masjid Al-Itisam, TTDI Jaya

Makanan Popular:
Mandy rice, Kabsah rice or Maqlubah rice
Roasted lamb, Kabsah lamb, Mandy Lamb, Roasted Mandy & Masywi Chicken
Roasted Quail (burung puyuh)
Special Spicy Lamb soup!!

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari 11am – 10.30pm
Jumaat-Ahad, 11am – 11pm

Kapasiti:
450 tempat duduk, termasuk 40 tempat duduk bersila

Kemudahan:
Surau, Maksimum 30 jemaah Muslim dan 10 jemaah Muslimah

Bayaran: Tunai, Kad Kredit (MasterCard & Visa untuk RM50 ke atas)




2. RESTORAN SABA’ (SETIAWANGSA DAN CYBERJAYA)
Menduduki tangga pertama untuk juadah nasi Arab di kawasan Kuala Lumpur. Selalunya, kedai ini yang terletak di Setiawangsa penuh dengan pelanggan pada hujung minggu. Selepas ‘order’ kena tunggu agak lama tapi berbaloi! Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila baca ‘review’ Restoran Saba’ ini.

LOKASI CAWANGAN:

Cyberjaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya, 63000, Selangor
Tempahan (Booking): 03-83202544

Kuala Lumpur
1-01 Dataran, Setiawangsa, Jalan Jelatek, Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Tempahan (Booking): 03-42512592


3. RESTORAN AL-RAWSHA
Menduduki tangga kedua selepas Restoran Saba’ di Foursquare bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur. Restoran ini sungguh unik kerana berbentuk seperti ‘castle’. Adakah sajiannya juga seperti hidangan istana? Sila baca ulasan Restoran Al-Rawsha ini.

LOKASI: 8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

TEMPAHAN (BOOKING): 03-9200 6600


4. RESTORAN TAREEM HADRAMAWT (KAJANG)
Walaupun di kawasan Kajang, masih lagi dekat dengan orang Bangi.

LOKASI: Jalan Kajang Mewah 2, Taman Kajang Mewah (Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat Indah), Kajang
Foursquare: https://foursquare.com/v/restoran-tareem-hadramawt/4cc13b5821a4f04da8e06255


5. RESTORAN NASI ARAB DAMSYIK
Restoran ini bukan terletak di kawasan Lembah Kelang, namun lokasinya berdekatan. Terletak di Senawang, Negeri Sembilan, harga makanannya juga dikatakan lebih murah daripada di Kuala Lumpur.

LOKASI : No. 1, Jalan Bourgainvilla 1 (Taman Bourgainvilla, Senawang), 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
TEMPAHAN (BOOKING): 014-265 7313

Selain untuk menjamu selera menikmati nasi Arab bersama keluarga, restoran dalam senarai diatas juga sangat sesuai untuk majlis sambutan hari jadi, majlis perpisahan dan apa sahaja majlis dalam kuantiti kecil. - CARI.



Sumber - MySelera.com/ Foursquare
 

17

Bagus
22

Marah
15

Terkejut
3

Sedih
27

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 19-9-2016 04:28 PM


Restoran Al Rawsha pun ada sebijik kat Sek 7 Shah Alam
Quote che_kembang 19-9-2016 08:49 PM
bagi aku rawsha biasa aje
Quote woo6466 20-9-2016 01:47 AM
pic not bad
Quote Tapayana 20-9-2016 01:51 PM
terbaik saba restoran tu. selalu beli kat dataran setiawangsa situ. seberang  jalan LRT Setiawangsa tu.

satu bungkus take away nasik dia boleh makan utk 3 orang
Quote Loladola 20-9-2016 03:25 PM
Selalu try Half Moon. Sekarang dah ada dekat De Centrum sblh Uniten. Harga okay. Nasi dia punya lah banyak.  Rasa pun not bad.
Quote -electrifying- 20-9-2016 05:31 PM
Tapayana replied at 20-9-2016 01:51 PM
terbaik saba restoran tu. selalu beli kat dataran setiawangsa situ. seberang  jalan LRT Setiawangsa  ...

range rege berapa sis? nk try la
Quote Tapayana 20-9-2016 05:36 PM
-electrifying- replied at 20-9-2016 05:31 PM
range rege berapa sis? nk try la

25++ rasanya. tak sure sbb dah lama tak beli
Quote -electrifying- 20-9-2016 05:55 PM
Tapayana replied at 20-9-2016 05:36 PM
25++ rasanya. tak sure sbb dah lama tak beli

Orait, klau me pergi, akan di update

Quote alieyrina 20-9-2016 09:37 PM
Amboii best la org k.l ns arab sedap2..
Quote hanisbunny 21-9-2016 06:27 AM
sedapnye nasi arab, al rawsha, i sllu pg dkt kampung pandan tu...not bad la...tp I rase yg dkt uniten tu lg sdp..xprnh pg tmpt die, tp bpk Iolss klu llu situ mmg die akan beli...
Quote animcute 22-9-2016 06:24 PM
Aroma Hijrah to me is the best among all the above.
Fast service and very reasonable price, makanan yg paling sedap .
Quote ctaz 23-9-2016 10:34 AM
bagi aku antara restoran al rawsha dgn restoran zam-zam kat shah alam...
makan kat zam-zam lgi puas hati....dan lagi sedap berbanding al rawsha
Quote zafira 23-9-2016 11:01 AM
cuba pergi Suria Restoran kat Jalan TAR tu (berdepan bangunan UMNO lama).  Sana pun not bad gak. Cuma tempat dia kureng stragegik sikit ie. parking susah & black area.

Al Rawsha & Saba (Cyberjaya & Setiawangsa) dah try.  Pada tekak aku biasa2 aje.
Quote xyhxxy 30-9-2016 11:22 AM
sedapnyaaa. terliur tgk
Quote puteri_lz 30-9-2016 02:33 PM
Thank you for the info
Quote drivethru 30-9-2016 02:47 PM
Selalu makan kat saba setiawangsa. Mase kemaruk nasi arab, mmg tiap2 minggu makan situ.
Quote ctsueraya 10-1-2017 10:33 AM
Edited by ctsueraya at 10-1-2017 10:37 AM

Yang kat TTDI tu awat ceq taktau ek? ke HIJAB ceq tertutup bila nak ke sana

SABA- first restoran nasi arab yang aku kenal, jatuh cinta dan siap bawak family 4 kereta pergi makan sini--> cawangan Putrajaya,  so far family sangat berpuas hati
kembang montot ahkak tau kene puji sbb bawak restoran BEST

AL RAWSHA- pun best, yang kat kg pandan nak2 g masa berbuka, surau besar, pastu sesuai kalau bawak budak2 sebab selesa uols, tapi antara nasi RAWSHA dgn nasi SABA---. iols prefer SABA sebab sambal tomato SABA sedap weh, ikut citarasa lidah melayu kak senah

No 4 dan no 5 - NO KOMEN, sebab belum try

Ada lagi tau NASI ARAB yang sedap, kedai kecik je kat area SETAPAK-berhampiran uptown setapak tuh--> nasi madghout dia sedap nak meninggal okeh, takyah sambal dan sup pun dh sedap terangkat KEBABOM

lagi satu yang sedap kat Presint Diplomatik, Putrajaya, Restauran Mustafa(tak sure sgt ejaan) nasi madghout gak..SEDAP

Selamat Beramal dan Selamat mencuba

Ikhlas bagi review,
Kak Senah Diva Lethops Kebabom (adajemahkisah)
Quote skystrike 12-1-2017 04:58 PM
pernah makan kat restoran saba & aroma hijrah....dua2 ni memang sedap...
Quote intanumbrella 2-3-2017 10:01 PM
damsyik tu biasa2 je..ada satu kedai nasi arab dekat hartamas..alaudin..dkt dgn kfc,balai polis..sebelah cafe apa tah..dr.cafe kot..kedai dia biasa2 je..tapi sedap giler chuols..murah pun murah..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042124 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top