Oleh : TS LOO Bas yang bergerak tanpa pemandu, adakah anda berani naik? Jangan risau, ini adalah sebuah bas penjanaan elektrik. 3hb September iaitu Sabtu lalu, satu ujian memandu ke atas bas tanpa pemandu selama setahun telah mula dijalankan di bandar Lyon, Perancis. Jarak perjalanan bas hanya selama 10 minit, sebanyak 5 stesen akan dilaluinya dan bas tersebut hanya boleh muat seramai 15 orang, bukan sahaja menjaga kebaikan alam sekitar malah memenuhi kepentingan ekonomi. Bas tanpa pemandu jenis ARMA tersebut kelajuannya hanay 20km/h ketika dipandu, kos pembuatannya bernilai 200 ribu euros atau bersamaan kira-kira RM917 ribu.
Ianya dihasilkan oleh syarikat pembuatan kereta tanpa pemandu Navya, rekaan dalamannya dipasang dengan pengesan laser 3D yang terbaru, sistem pemantauan dan pengawalan serta navigasi GPS. Ianya digerak dengan menggunakan penjanaan elektrik yang membolehkannya bergerak di jalan dengan tepat dan betul, malah juga mampu membezakan barang halangan dan mengenali simbol trafik di jalanraya. Bandar yang lain di Perancis dan bandar kuno Sion di Switzerland telah mula menguji, cuma semasa ujian kenderaan tiada penumpang berada di dalamnya. - CARI sumber info: www.dailymail.co.uk
|
9
Bagus |
18
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miemiecha replied at 9-9-2016 03:14 PM
menarik and kalau ada standard jalan dia, i is berani jeh
ADVERTISEMENT