Menjadi tanda tanya dan kecoh di laman sosial dengan kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berhubung tugu berbentuk burung helang sebagai mercu tanda di Langkawi adalah haram.
Memetik kenyataan Zamri dalam sebuah ruang kolum akhbar Berita Harian pada 2 September, pembinaan tugu sedemikian adalah haram di sisi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup iaitu burung helang. Mengulas kenyataan yang dikeluarkan Zamri, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menjelaskan, membina replika atau tugu menyerupai benda hidup sememangnya dilarang. Menurut Harussani, apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota. Diminta pendapat jika tugu yang dikenali sebagai ikon pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Langkawi perlu dirobohkan, beliau enggan memberikan komen. Tambahnya lagi, "Yang perlu difahami, yang dilarang tetap dilarang." Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ini berikutan replika burung itu telah menjadi simbol keindahan tarikan pelancongan di Kedah dan bukannya disembah mana-mana pihak. “Keindahan yang dilihat menerusi kaca mata Islam itu tetap ada, bukan tidak ada. Kita harus mengambil iktibar daripada nas bahawa Allah itu menyukai benda-benda yang cantik dan indah, jadi hal itu (cadangan meroboh replika helang) perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira hal ini," katanya. Rais yang juga Presiden UIAM berkata cadangan merobohkan replika helang itu perlu dibincangkan sebaik mungkin kerana perlu mengambil kira kewujudan Tugu Negara di Kuala Lumpur dan patung kucing di Kuching, Sarawak, misalnya. Membaca komen di laman sosial, ramai yang terkejut apabila ada yang sudah mula mencadangkan agar tugu itu dirobohkan. Majoriti pengguna laman sosial berkongsi rasa hairan mengapa hal ini tidak dibangkitkan ketika tugu itu sedang dalam pembinaan. Jika begitu, tugu berbentuk kucing di Sarawak, kuda, ikan dan pahlawan di Sabah perlu dirobohkan jugalah? - CARI |
41
Bagus |
31
Marah |
36
Terkejut |
40
Sedih |
21
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kentel replied at 8-9-2016 05:01 PM
ke batu bersurat macam ganu tuh? ke logo auloh peliharakan ganu...
ADVERTISEMENT