oleh Adib Za Hirisan lemon dalam teh o ais atau minuman sejuk lain, pasti menambahkan sensasi rasa yang sangat enak dan menyegarkan.
Tambahan pula, ia dikatakan mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Namun, bagaimana jika dikatakan setiap hiris lemon itu sebenarnya berbahaya? Pasti mengejutkan, bukan? Memetik laman Express.co.uk, dalam satu hirisan lemon terdapat banyak bakteria yang berpotensi menyebabkan penyakit merebak. Malah, dikatakan menjilat hirisan lemon dinaggap sama kotornya seperti menjilat tandas! Yucks!
Ada sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Environmental Health pada 2007 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus hirisan lemon yang digunakan di 21 restoran yang berbeza, mengandungi 25 mikroba yang berbeza. Bayangkan sahaja lemon itu sendiri telah dipegang, dibelek, dipotong kemudian dimasukkan ke dalam gelas. Pastinya kuman mudah sahaja merebak melalui aktiviti tersebut. Oleh itu, elakkan memasukkan hirisan lemon ke dalam minuman anda. Ingin sihat, hanya ambil jusnya dan bukannya hirisan lemon yang telah dipegang-pegang dan disentuh-sentuh! - CARI |
2
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
15
Sedih |
4
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Inezkhalidi replied at 9-9-2016 04:34 PM
Bila basuh lemon atau buah-buahan yang permukaannya tak rata kena berus sedikit untuk bagi betul2 be ...
ADVERTISEMENT