Oleh : Dean BZ Penularan penyakit berjangkit merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak akhir-akhir ini. Kadar penyakit berjangkit di Malaysia begitu tinggi dan kes terbaru negara kita diserang virus ZIKA bawaan nyamuk. Secara umumnya penyakit bawaan vektor nyamuk ialah Demam dengue (DF), Demam Dengue Berdarah (DHF) dan malaria. Penyakit berjangkit juga boleh merebak melalui hubungan seks rambang dan perkongsian jarum suntikan iaitu AIDS, HIV, siflis , gonorrhea dan hepatitis B. Berikut pula merupakan senarai penyakit berjangkit yang telah diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) untuk makluman semua :
1. Batuk Kokol 2. Campak 3. Chancroid 4. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah 5. Demam Kuning 6. Difteria 7. Disenteri (Semua Jenis) 7A. Ebola 8. Jangkitan Gonococcal (Semua Jenis) 8A. Laptospirosis 9. Keracunan Makanan 10. Kolera 11. Kusta 12. Malaria 12A. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) 13. Plague 14. Pollomielitis (Akut) 15. Rabies 16. Relapsing Fever 17. Sifilis (Semua Jenis) 18. Tetanus (Semua Jenis) 19. Tifoid dan Salmonoloses lain 20. Tifus dan Ricketsioses lain 21. Tuberkulosis (Semua Jenis) 22. Viral Ensefalitis 23. Viral Hepatitis 24. Apa-apa jangkitan mikrobial lain yang mengancam nyawa Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengawal penularan penyakit berjangkit terutama yang boleh menyebabkan kematian, namun kadar penularan penyakit ini masih lagi meningkat. Oleh itu, usaha berterusan perlu dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan gejala penularan penyakit dapat dibendung. - CARI Sumber - hpitas.moh.gov.my
|
137
Bagus |
36
Marah |
67
Terkejut |
32
Sedih |
30
Lawak |
56
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
giyomi replied at 7-9-2016 08:57 PM
selamat datang pendatang asing bersama penyakit2 mereka tuk di jangkit kan
ADVERTISEMENT