oleh Adib Za Lama juga tidak mendengar khabar penyanyi Hafiz Suip sejak dia mendirikan rumah tangga dengan isterinya Nureffy Jasreel pada Mei lalu.
Dalam perkembangan baru, Hafiz berkata dia masih lagi tinggal bersama keluarga mertua memandangkan isterinya amat rapat dengan ibunya. "Saya ada rancang untuk duduk sendiri lepas kahwin, tapi saya kena faham juga dia agak rapat dengan ibunya. InsyaAllah bagi masa dia tinggal dengan keluarga setahun sebelum kami berpindah ke rumah sendiri," terangnya. Dalam masa yang sama Hafiz mengakui berasa agak tertekan bila sering diasak dengan soalan tentang cahaya mata oleh pihak keluarga. "Biasalah sudah kahwin bila nak ada anak, ibu bapa saya pun asyik bertanya dan ingin cucu segera tapi setakat ini belum ada rezeki lagi. "Insya-Allah, doakan yang terbaik kerana saya memang nak anak cepat," katanya lagi.
Moga Hafiz dan juga isteri dipermudahkan dan bakal menimang cahaya mata nanti. - CARI Sumber: Mstar Online |
ADVERTISEMENT