|
oleh Adib Za Ikan salmon memang dikenali mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Namun, baru-baru ini ada pihak yang menyatakan anda kini boleh mendapatkan sumber omega-3 melalui ikan yang lebih murah iaitu ikan kembung.
Malah, dikatakan ia memiliki kandungan omega-3 yang lebih tinggi berbanding ikan salmon itu sendiri. Benarkah? Kandungan omega-3 ini dipercayai mempunyai sangat banyak manfaat kepada kesihatan termasuklah menurunkan kadar kolestrol dan mengelakkan penyakit jantung. Memetik kata-kata Dr Damayanti, seorang pakar perubatan dalam persidangan Komitmen Bersama Institusi Kesihatan dan Pelaku Industri Dalam Mengatasi Penyakit Degenaratif dan Double Burden di Indonesia, dia berkata: "Jika saya bertanya makanan apakah yang mengandungi omega-3 yang paling tinggi, pasti ramai yang menjawab ikan salmon. Sedangkan ikan kembung atau bahasa lainnya ikan makerel memiliki omega-3 paling tinggi. Jadi untuk mencari keperluan gizi anak tak perlu mahal, yang sederhana namun lebih bergizi, kalau rajin mencari informasi," ujarnya memetik laman Okezone. Selain ikan kembung dan juga salmon, omega-3 dapat didapati daripada ikan keli, ikan patin, ikan sardin, udang, kerang, bayam, labu dan brokoli. - CARI |
|
11
![]() Bagus |
3
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
10
![]() Sedih |
8
![]() Lawak |
9
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity




weeween replied at 8-9-2016 02:18 PM
org kedah panggil ikan temenung.... petang2 chek tunggu ja nelayan balik kat kuala kedah tu.. dpt be ...

talapia replied at 4-10-2016 02:17 PM
walau ikan kembung tu fresh giler... tinggi kandungan omega 3 nya.. tapi cara masaknya digoreng gari ...

jadi kalau kita selalu pelupa2 tu bagi diorang makan blkg mata ikan ni.. so kalau letak duit tak ingat kt mana nanti boleh ingat balik..
ADVERTISEMENT