oleh Adib Za Bayi ditemui dalam longkang, mendengarkannya sahaja sudah boleh membuatkan ramai yang menitiskan air mata. Siapa yang sanggup melihat anak kecil yang tak bersalah dibuang oleh ibu bapa yang tidak berperikemanusiaan di tepi jalan? Lebih teruk lagi, dibiarkan tanpa seurat benang pun, di dalam kotak yang terletak di dalam longkang? Bagaimanapun, kisah tersebut nampaknya dipanaskan dengan tajuk yang sensasi di kalangan sesetengah akhbar tempatan. Seorang netizen menunjukkan perbandingan tajuk-tajuk akhbar tempatan berkenaan kisah bayi yang dibuang dalam kotak tadi. Yang menjadi tanda tanya bagaimana wujudnya cerita yang berbeza antara satu berita dengan berita yang lain.
Anda boleh melihat sendiri seperti yang terpapar di bawah. Yang pastinya sebagai pengamal media, mereka seharusnya menyampaikan berita yang tepat, benar dan juga ada integriti kerana bukan seorang dua yang membacanya. Tidak pasti apa yang berlaku, nampaknya ada berita yang seperti menyalahkan anjing, berbanding manusia itu sendiri yang tidak bertanggungjawab? Yang penting cukup-cukuplah kekeliruan yang wujud dalam media sosial pada masa ini. Masyarakat kini dahagakan ketepatan dalam berita dan bukan hanya tajuk sensasi semata-mata. Pendapat anda? p/s: Bayi tersebut dilaporkan kini sihat dan sedang dirawat di Hospital Selayang, memetik laporan Bernama. - CARI |
35
Bagus |
27
Marah |
31
Terkejut |
32
Sedih |
26
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT