CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Contohi Sweden Amal Sistem Bekerja 6 Jam Sehari Beri Kesan Baik - N.Gopal Kishnam

5-9-2016 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7205| Komen: 31

Oleh Izzah Abbasy

Cadangan agar waktu bekerja kakitangan awam dikurangkan sehingga enam jam sehari berbanding lapan jam pada masa ini akan dikaji oleh pihak kerajaan.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari segi keperluan dan kewajaran tempoh bekerja yang lebih pendek dalam sektor kerajaan.

Foto : www.berinesia.com

Namun bagi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N.Gopal Kishnam baru-baru ini meminta kerajaan mempertimbangkan agar mengurangkan waktu bekerja dalam sehari di negara ini kerana waktu kerja panjang akan memberi kesan buruk kepada produktiviti pekerja.

N.Gopal Kishnam turut mengambil contoh Sweden yang mula mengamalkan sistem bekerja enam jam sehari setelah menunjukkan hasil memberangsangkan kepada pekerja di negara berkenaan.

MTUC sememangnya menyokong sekiranya kerajaan dan majikan melaksanakan pengurangan tempoh bekerja enam jam sehari seperti yang diperjuangkan mereka 15 tahun lalu.

Menurut Presidennya, Mohd Khalid Atan, tuntutan mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu lama diperjuangkan kesatuan itu demi kesihatan pekerja di negara ini.

Bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pula menyambut baik cadangan untuk melaksanakan sistem waktu bekerja enam jam sehari bagi penjawat awam di negara ini.

Malah cadangan itu dilihat bersesuaian, terutama bagi kakitangan awam wanita yang sudah berkeluarga.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kementerian sendiri telah melaksanakan kaedah waktu kerja anjal sejak dua tahun lalu bagi memberi kelonggaran kepada kakitangan kementerian yang telah berkeluarga untuk mendapat kesesuaian masa.

Apa yang penting, kerja tersebut dapat disiapkan mengikut kualiti yang ditetapkan serta tidak lari daripada kehendak majikan.

Mereka (wanita) boleh terlebih dahulu menguruskan rumah dan anak-anak sebelum masuk ke pejabat dan pulang pada pukul 6 petang. Jadi mereka dapat seimbangkan antara kerja dan keluarga.

Info : Beberapa negara jiran di rantau ini juga sudah mula menurunkan bilangan jam be­kerja sehingga kepada 40 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu berbanding yang diperuntukkan dalam undang-undang di Malaysia.

Waktu bekerja bagi penjawat awam di Dubai dan UAE biasanya bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada 2.30 petang. - CARI


7

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
28

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kakaknanako 5-9-2016 05:24 PM
hmmmmm tolong laaa Malaysia keje 6-7 jam je.. 9-10 jam penat wooooo...
Quote lasagna 5-9-2016 05:50 PM
Keje 8 jam pun apa jer dia org buat pon? Sama gak tak bape nk efficient sesetengah tu.
*sorry la ya, jgn nk terasa sgt ini brdasarkan kisah benar
Quote jetonkepoh 5-9-2016 06:52 PM
Betul tu... Udoh2 la staf gomen oi. Keje 8jam pn selalu mgulor. Ada tea break bagai. Keje pn lmbat siap. Cer tgk swasta...
Quote missinpiece 5-9-2016 09:53 PM
Masuk keje jap, bfast n tea break smpai kul 10. Ke hulu ke hilir jap, lunch kul 12 lajak smpai kul 2. Kul 3.30 tea break lg, kul 4.45 menghitung jam tunggu masa balik. So..brp jam je ms kerja yg berkualiti?
Quote atekome 6-9-2016 12:10 AM
Tk pyh nk tgk sweden sgt..cth je singapore tuh dlu cmne staff gomen diowang bkerja..
Quote Emperor95 6-9-2016 08:36 AM
harap2 swasta pun akan ikut juga.
Quote pejol 6-9-2016 09:36 AM
tak setuju!! tapi kalo swasta folo gak,i like..
Quote leylapple 6-9-2016 10:19 AM
jetonkepoh replied at 5-9-2016 06:52 PM
Betul tu... Udoh2 la staf gomen oi. Keje 8jam pn selalu mgulor. Ada tea break bagai. Keje pn lmbat s ...

khen...

bagi lah beberapa jam pun keja...output kerjaya tetap nan hado sajork...

unless utk penjimatan letrik, iols sokong jerrrr
Quote kampderlieben 6-9-2016 10:27 AM
Menteri pon bodoh nk mampos ...jgn nk smkn dgn malaysia&Sweden ..kualiti kje penting ..ni x g ngulo rehat sarapn pg kul 9-10 kje xsiapx
Quote tintabiru73 6-9-2016 10:47 AM
MTUC ni mewakili KESELURUHAN pekerja-pekerja AWAM dan SWASTA. KSN Ali Hamsa bercakap mewakili PERKHIDMATAN AWAM.

Majikan Swasta tak respon dan korang dengki pulak dengan majikan sektor awam. Soh la majikan korang respon.
Quote tavia_yeung 6-9-2016 11:27 AM
bodohnya sapa sokong..kalau waktu kerja kurang maknanya sudah pasti gaji pon kurang..cara govt nk jimat duit yg mmg dh menyusut
Quote Artemesiaa 6-9-2016 11:38 AM
Masih belum sesuai untuk dilaksaanakan kalau masaalah attitude, keikhlasan dan disiplin masa bekerja masih tak ada.
Quote Loloq89 6-9-2016 12:24 PM
eleh korang swasta mcm keja bgs sgt..buwekk
Quote RatuDunia94 6-9-2016 12:29 PM
Why not tukar waktu kerja kpd waktu mlm terus.. 8pm - 5am... So siang bole la ngko nk urus anak pelbagai..
Quote yusryimran 6-9-2016 12:30 PM
kan... hakak sokong apa yg uols cakap tu
Quote Kakaknanako 6-9-2016 03:02 PM
lasagna replied at 5-9-2016 05:50 PM
Keje 8 jam pun apa jer dia org buat pon? Sama gak tak bape nk efficient sesetengah tu.
*sorry la ya ...

betul jugak kalau tak ade keje lpas lunch time tu memang dok tercongok je laa hahah
Quote Kakaknanako 6-9-2016 03:23 PM
tintabiru73 replied at 6-9-2016 10:47 AM
MTUC ni mewakili KESELURUHAN pekerja-pekerja AWAM dan SWASTA. KSN Ali Hamsa bercakap mewakili PERKHI ...

hmmmm majikan iolsss tunggu PM kite jibby tu bersuara baru dia on kurangkan waktu bekerja
Quote L211 6-9-2016 05:04 PM
hahahahah.. nak ikut sweden.. weh ekonomi pon tak mberangsangkan ada hati nak keje 6 jam.. yg ko tau pulas duit 2 rakyat..nak keje 6 jam boleh tp bantu rakyat dlm malaysia ni dulu..xde kemiskinan, ekonomi gah..
Quote iu12 10-9-2016 10:08 AM
Tak kisahlah waktu kerja 8 jam ke 6 jam.. yang penting kerja tu buat.
Nak kurangkan waktu kerja tapi pekerja tetap tak bertanggungjawab.. sama je.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.200888 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top