Oleh : Dean BZ Mendidik anak-anak bukannya suatu perkara mudah kerana mereka boleh di ibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Andai terlampau garang dan terlalu berterus terang, pasti akan memberi kesan negatif pada anak-anak samada sekarang atau dimasa hadapan. Sedar atau tidak, kita mungkin telah melakukan banyak kesalahan dalam mendidik anak-anak. Wahai ibu ayah, mari periksa adakah kita pernah melakukan perkara di bawah dan jika jawapannya adalah YA, cubalah sehabis daya untuk TIDAK mengulanginya lagi : 1. Merendah-rendahkan kebolehan anak sama ada di rumah atau di depan orang lain.
2. Membandingkan pencapaian anak dengan adik- beradik yang lain atau dengan anak-anak kawan anda. 3. Melabel anak dengan perkara-perkara negatif seperti pemalas, pengotor, penipu dan sebagainya. 4. Sering pertikai setiap perkara yang dilakukannya dan lebih nampak buruk berbanding yang baik. 5. Suka ungkit kesilapan yang pernah dia lakukan. 6. Memarahi anak di depan orang lain. 7. Lokek puji anak. 8. Berat hati untuk sentuh, peluk dan usap anak walaupun mereka sudah remaja. 9. Selalu ‘menolak’ permintaan anak walaupun ia sekadar permintaan kecil. 10. Terlalu sibuk hingga tidak ada masa untuk bersantai bersama anak-anak. Apa juga niat anda samada untuk mendidik atau memberi pengajaran, jangan sesekali marah anak-anak secara terbuka. Jagalah air muka anak-anak jika tidak mahu mereka kurang ajar atau memberontak dengan anda suatu hari nanti. - CARI Sumber - keluarga.my
|
20
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT