oleh Adib ZA
Kurang 2 minggu lagi bakal melabuhkan dunia solo, personaliti TV dan radio Fara Fauzana mengejutkan dunia hiburan bila dia mengumumkan majlis tersebut kini dibatalkan.
Fara, 36 berkata majlis yang seharusnya berlangsung pada 17 September nanti tidak dapat diteruskan disebabkan faktor peribadi yang tidak boleh dikongsikan olehnya. “Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. “Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad. “Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. “Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” katanya lagi, yang ternyata bukan mudah melalui situasi yang berlaku sekarang.
Dalam pada itu, pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara, Mohamed Hafiz, menerusi Berita Harian enggan mengulas lanjut tentang pembatalan perkahwinan itu. "Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," ujarnya. - CARI Sumber: Mstar Online/ Berita Harian |
16
Bagus |
14
Marah |
22
Terkejut |
19
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kuchenta_81 replied at 4-9-2016 06:11 PM
Omgggg biar betul. Nextweek kan?
hambaallah1709 replied at 4-9-2016 06:13 PM
kenapa tibe2?
sian nye...sedih iols...
berat juga jodoh fafau ni
ADVERTISEMENT