Tiada siapa di dunia ini bila ditanya tidak ingin menjadi kaya raya hingga bergelar jutawan. Memiliki pangkat besar, rumah bagai istana, kereta mewah, pakaian berjenama dan dapat memiliki apa saja yang dikehendaki dengan adanya duit yang banyak.
Namun, adakah kekayaan benar-benar dapat menjanjikan sebuah kebahagiaan dalam kehidupan? Berapa banyak wang yang diperlukan untuk anda menjadi bahagia? Berjuta-juta? Berbillion? Menurut lelaki kedua terkaya di China, Jack Ma, duit yang banyak melampau juga akan menyebabkan seseorang itu tidak bahagia. Jack Ma, yang juga pemilik Alibaba, mendedahkan golongan yang paling bahagia dalam hidup adalah mereka yang berpendapatan sederhana.
"Orang China yang paling bahagia adalah mereka yang berpendapatan antara US$3,000 (RM12,000) to US$4,500 (RM18,300) sebulan", kata Jack Ma. Mengapa? Kerana golongan yang berpendapatan sebanyak itu hanya boleh mempunyai sebuah rumah yang kecil, sebuah kereta dan sebuah keluarga, kata Jack Ma. "Tak ada perkara yang lebih membahagiakan dari perkara itu, itu adalah makna kebahagiaan hidup", kata Ma. Tambah Jack Ma lagi, pelbagai masalah mula timbul apabila angka pendapatan mula mencecah beberapa juta. Jack Ma sebelum ini pernah berkata saat paling bahagia dalam hidupnya adalah apabila dia bekerja sebagai guru dan berpendapatan kurang dari US$15(RM60) sebulan. "Lagi banyak wang yang kamu ada, lagi banyak perkara yang perlu kamu buat", tambah Jack Ma yang merupakan orang kedua terkaya di China dengan jumlah kekayaan US$ 22.7 billion. Yang pastinya, apabila duit terlalu banyak manusia akan lebih risau dan mahu kan lebih dari apa yang telah ada. Kerana kesibukan mengejar harta itulah menyebabkan kualiti masa bersama keluarga dan rakan-rakan telah terjejas. Jadi memang benarlah kata Jack Ma, semakin kaya seseorang semakin kurang kebahagiaannya. - CARI Sumber - Siakapkeli.my |
10
Bagus |
25
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT