Oleh Izzah Abbasy
Penyanyi Aisyah Aziz kini 'dilamar' Loque sebagai pasangan duetnya menerusi lagu Uda dan Dara kerana menyukai sifat misteri yang ada pada penyanyi berasal dari Singapura itu. Loque atau nama sebenarnya Khairil Annuar Ridzwan Alias, 38, berkata, dia melihat perkara itu sebagai tambah nilai buatnya sebagai komposer kerana dapat menerokai bakat yang tidak pernah ditonjolkan oleh wanita berkenaan. "Saya sebenarnya tidak suka mengulangi apa yang pernah saya lakukan sebelum ini dan pemilihan Aisyah kerana ingin menampilkan sesuatu kelainan. "Tambahan pula dia mempunyai sifat misteri yang membolehkan saya menerokai sisi berkenaan dan menghasilkan sesuatu berbeza," katanya kepada mStar Online. Uda dan Dara yang juga lagu tema filem Pekak bakal dimuatkan dalam album terbaharu penyanyi itu yang berjudul Jangan Puja Sampai Kecewa. Tambah Loque, Aisyah mempunyai kualiti suara berbeza iaitu gabungan moden dan klasik yang membuatkan dia istimewa dan sesuai dengan lagu tersebut. Penulis setuju suara Aisyah Aziz memang sangat unik dan begitu klasik! - CARI |
20
Bagus |
13
Marah |
25
Terkejut |
22
Sedih |
13
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 2-9-2016 11:17 AM
tgk mamat kepam ni ..tak selera akak nk dgr lagu dia...
ADVERTISEMENT