Oleh - Dean BZ Semenjak hidup bersendirian selama hampir enam tahun, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 37, berkata sebelum ini tiga lelaki yang dikenali pernah melamarnya tetapi tidak menjadi kerana tidak memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. “Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius. Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan. Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.
Maya bagaimanapun ingin mengelak daripada terlibat dengan cinta jarak jauh kerana dirasakan hubungan seumpama itu tidak serasi dengannya. Pada Mac lalu, seorang lagi jejaka telah datang berjumpa ibunya di rumah keluarganya di Sungai Penchala, Petaling Jaya dan memberi sebentuk cincin. "Cuma saya terkejut sebab biasanya pemberian cincin dikaitkan dengan pertunangan mahupun lamaran. Sebelum cincin, saya pernah menerima pelbagai hadiah daripada peminat termasuk seutas rantai. "Jika cincin berlian ini sekadar hadiah tanpa ada makna lain, saya menerimanya dengan senang hati," katanya seperti dilaporkan oleh Kosmo. Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose pada 14 Ogos 2008 di Itali namun hubungan rumah tangga mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2010. Walau bagaimanapun Maya tidak menolak kemungkinan akan berumah tangga suatu hari nanti jika dipertemukan jodoh yang sesuai dengannya.- CARI Sumber - rotikaya/ BeritaHarianOnline/kosmo
|
19
Bagus |
21
Marah |
24
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cik_tonggek replied at 2-9-2016 10:16 AM
So
Ade gak la issue sampah yg maya karin cerita kat wartawan khennnnz
Regardless wartawan bodo2 ...
tanakkampung1x replied at 2-9-2016 01:07 PM
Maya you are too classy for this kind of rubbish stories.
ADVERTISEMENT