Oleh : Dean BZ Percutian yang hebat tidak semestinya ke luar negara, di negara kita sendiri pun masih banyak tempat-tempat menarik yang mungkin kita belum ketahui. Jika anda sedang merancang percutian, salah satu tempat yang penulis nak cadangkan untuk pembaca adalah Mt Kinabalu Holiday Camp yang terletak di Ranau, Sabah. Kenapa Mt Kinabalu Holiday Camp? Mt Kinabalu Holiday Camp terletak di kaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu, Sabah. Panorama semulajadi sekitar Holiday Camp ini sangat indah serta senibina camp begitu menakjubkan. Holiday Camp juga sangat popular dan tidak asing lagi dikalangan pendaki serta pencinta alam. Selain dapat menghirup udara segar, pengungjung dapat menyaksikan momen-momen indah saat matahari terbenam. Disarankan kalau nak bercuti disini eloklah membawa sweater kerana suhu disini sangat sejuk. Nah, sesuai sangatlah untuk pasangan pengantin baru yang nak berbulan madu.
Kedudukan Camp ini juga tidak jauh dari tasik terbesar di Sabah iaitu kira-kira 12 minit perjalanan sahaja. Pendek kata, banyak aktiviti menarik dapat dilakukan disini selain dapat menerokai Taman Negara Kinabalu. - CARI |
18
Bagus |
13
Marah |
24
Terkejut |
21
Sedih |
22
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT