Oleh : Dean BZ Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah tentu sentiasa berhadapan dengan situasi dimana rumah sentiasa bersepah dengan mainan anak-anak. Mainan yang bertaburan di lantai sudah tentu mengganggu emosi lebih-lebih lagi ketika baru sahaja mengemas rumah atau kepenatan pulang dari bekerja. Baru sahaja mengemas mainan anak-anak, tidak sampai beberapa jam lantai kembali bersepah. Berbuih mulut ibu-bapa suruh anak kemas mainan yang bersepah itu. Rasanya, sudah menjerit banyak kali namun anak buat tidak tahu sahaja. Hari-hari macam ni memang silap hari bulan mungkin kesabaran anda boleh hilang dan anak yang menjadi mangsa.
Adakah anda salah seorang daripada ibu-bapa ini? Jika ya, jangan sesekali menjerit atau memukul anak-anak jika mahu mereka mengemas mainan dengan rela. Mari cuba tips ini. 1. Berlumba dengan anak Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. Siapa yang siap kemas dulu, dia menang! 2. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan. 3. Janji main lagi Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap, “Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?” 4. Puji susunan mainan anak Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh. “Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”, sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang. 5. Sentuhan terakhir Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana? Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing‘ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%. 6. Rumah mesti kemas Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak, “Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”. 7. Main tarik tali Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas. Paksaan, meninggikan suara dan memukul anak tidak akan menyelesaikan masalah malah akan membuatkan anak semakin degil. Gunakan lah 7 teknik psikologi diatas kerana kanak-kanak perlu dididik dengan kelembutan dan tauladan. Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya. - CARI sumber: GuaBlog.com |
14
Bagus |
20
Marah |
10
Terkejut |
21
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alieyrina replied at 2-9-2016 11:48 PM
Aku x larat betempik dah..sebelum kawin org x tau aku wujud..lps dpt anak tu diaa..sora dgr 1 blok . ...
aurorayasmeen replied at 9-9-2016 02:25 PM
sehari 5 6 Kali nk kemas main an anak..klu x nnt kte yg terpijak..
Super-M replied at 4-9-2016 10:38 AM
aku biasanya berakhir dengan aku kemas sendiri,yang aku geram sgt ada bilik mainan sendiri tapi teta ...
ADVERTISEMENT