Oleh Izzah Abbasy
Pelakon Idzham Ismail atau lebih dikenali dengan watak 'Panjang' dalam drama bersiri popular Juvana, menamatkan zaman bujangnya dengan pramugari, Siti Nur Abilah atau Bella, kelmarin. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Shah Alam, pada sebelah pagi diikuti resepsi di One City Subang. Idzham dan Bella mengambil keputusan berkahwin selepas lapan bulan mengenali hati budi masing-masing. Semalam, pasangan ini juga sudah terbang ke Korea untuk berbulan madu. Idzham mengenali Bella sejak Julai tahun lalu. Bermula sekadar menyukai gambar masing-masing di laman Instagram, mereka akhirnya berjumpa kira-kira dua bulan kemudian. "Alhamdulillah selesai sudah majlis kami. Saya harap semua akan mendoakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah. Walaupun baru empat tahun membina nama dalam bidang lakonan, saya percaya dengan rezeki selepas berkahwin," kata Idzham. Mengenai isterinya, Idzham memberitahu dia cukup selesa dengan wanita yang bertugas di Arab Saudi itu. "Selama dengannya, dia buat saya rasa selesa. Saya dan isteri akan meneruskan kerjaya masing-masing seperti biasa." katanya kepada BH Online. - CARI |
20
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
12
Sedih |
16
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 27-8-2016 10:33 PM
dia ni antara retis muka tak siap yg gigih nak jadi retis tp tetap xde aura
tahniahla yer
myariesa replied at 27-8-2016 10:35 PM
Izam mna kak sepit. Brlakon cita mnda
kikiharris replied at 27-8-2016 10:42 PM
nasib TT tulis Maria Tunku Sabri. itu je yg aku kenal
ADVERTISEMENT