Oleh : Dean BZ Hanya kerana memasang lagu nyanyian Beyonce berjudul Crazy In Love, penyanyi pop terkenal Mariah Carey dilaporkan bertindak membaling komputer riba milik tunangnya, James Packer ke luar tingkap. Daily Mail melaporkan Mariah, 46, bertindak demikian kerana berang apabila mendengar lagu penyanyi lain berkumandang di rumahnya. "Mariah melarang sesiapa yang berada di rumahnya daripada memasang lagu artis wanita lain selain lagu nyanyiannya. "Tindakan James yang memasang lagu Beyonce membuatkannya berang dan membaling komputer riba milik James keluar tingkap sebelum menjerit sekuat hatinya," kata sumber.
Ekoran laporan berkenaan Mariah menerima kritikan hebat dan menganggap dia perlu mengawal sikap divanya. Pun begitu ada pula menyifatkan laporan berkenaan sengaja direka-reka kerana tidak senang melihat kebahagiaan pasangan itu. Dalam pada itu, jurucakap Mariah dalam satu kenyataan menyangkal keras kajadian itu dan menyifatkan ia sengaja diada-adakan selain mengarut. "Ia langsung tidak benar dan sama sekali mengarut," kata wakil penyanyi itu. Mariah Carey, 45 dan James Packer yang juga merupakan hartawan kasino terbesar di Australia mula mengikat tali pertunangan pada awal Januari lalu. Packer, 48, mempunyai tiga orang cahaya mata melalui perkahwinan dengan isteri kedua, Erica Baxter. - CARI Sumber - MstarOnline
|
6
Bagus |
3
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
48
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MekArchana replied at 27-8-2016 08:16 AM
Baling laptop apalah sangat. Boleh beli 10 biji yang baru.
gerbera.memopad replied at 29-8-2016 10:06 AM
Walaupun Mariah ni mmg sjk azali diva (not that I mind, I like her songs anyway ) plus mean girl j ...
Usa.Gi replied at 30-8-2016 03:28 PM
Baru tau mariah xsuka jlo. Nampak sangat dari statement mariah xkenal jlo tu..
ADVERTISEMENT