oleh Adib Za Penyanyi Ameng Spring meluahkan rasa kecewa dan juga terkejut kerana dia dilarang membuat persembahan di Kelantan.
Ini susulan satu program jelajah yang dianjurkan oleh pihak Suria FM dan Ameng merupakan salah seorang penghibur yang akan membuat persembahan di situ nanti. Namun, tiba-tiba dia mendapat tahu tidak dibenarkan menyanyi tanpa diberitahu sebabnya. "Saya sepatutnya ikut jelajah Suria FM di AEON Mall, Kota Bharu Sabtu ini dan mereka sudah bayar tiket dan penginapan di sana, malangnya semalam pihak Suria FM hubungi saya dan beritahu tentang hal ini. "Saya diberitahu boleh datang jumpa peminat tapi tidak dibenarkan untuk menyanyi," ujarnya. Ameng juga berasa sedih jika sebab dia tak dibenarkan menyanyi kerana merupakan bekas banduan. "Saya sedih mengapa saya tidak dibenarkan menyanyi sedangkan saya lelaki dan bukan berpakaian seksi macam wanita, saya fikir mungkin sebab saya bekas banduan dan bekas penagih dadah.Sepatutnya mereka galakkan untuk orang-orang macam kami ini berhadapan dengan masyarakat bukan membuang kami.
"Tidak mengapalah, saya anggap ia sebagai ujian, walaupun saya tidak menyanyi, saya akan datang memeriahkan majlis itu," katanya. - CARI Sumber: Mstar Online |
26
Bagus |
29
Marah |
40
Terkejut |
24
Sedih |
25
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAMS replied at 26-8-2016 03:12 PM
oleh Adib Za
Penyanyi Ameng Spring meluahkan rasa kecewa dan juga terkejut kerana dia dilarang memb ...
mdhelmi replied at 26-8-2016 04:22 PM
xpe akan ada rezeki di hari lain
ADVERTISEMENT