Oleh Izzah Abbasy
Menjadi ketua kepada keluarga yang dibina merupakan tanggungjawab yang berat harus dipikul. Orang tua-tua cakap kalau muka anak perempuan ada iras muka ayah, hubungan anak dan ayah akan lebih rapat dan akrab. Bagi yang mempunyai anak perempuan, pasti boleh menilai bagaimana cara seorang ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya. Kelembutan dan keakraban ibu dengan anak perempuan memang memperlihatkan betapa memahaminya ibu dengan karenah anak-anak. Bagaimana pula layanan si ayah kepada anak perempuan sehingga anak perempuan merasakan ayahnya merupakan 'kekasih' pertama buat mereka? Sebab itulah, ramai perempuan yang inginkan lelaki seperti ayah mereka untuk dijadikan suami. Beberapa perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh disangkal lagi. - CARI 1. Seorang ayah, biasanya kelihatan lebih garang dan tegas berbanding ibu. Kebiasaannya anak-anak juga lebih takut akan ayah mereka berbanding ibu. Namun, di sebalik karektor ayah yang tegas tetap terselit kelembutan yang tersendiri terutama terhadap anak perempuannya. 2. Keprihatinan ayah yang tersembunyi di sebalik ketegasaannya kadang kala melebihi kelembutan hati seorang ibu. Tanpa disangka rupanya hati ayah lebih mudah terusik jika ia melibatkan hal berkenaan anak perempuannya. 3. Kelebihan ayah dalam mendidik anak-anak sudah tentu dalam aspek ketegasan yang dimiliki. Oleh kerana anak-anak sudah biasa dengan ketegasan ayah, kata-katanya mudah dituruti dan dipatuhi tanpa sebarang kompromi. 4. Keprihatinan ayah apabila melibatkan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya memang boleh dikatakan agak 'keterlaluan' tetapi sebenarnya dia hanya ingin anak perempuannya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa. 5. Ayah adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati setiap anak perempuan. Anak mengenali karektor dan sikap seorang lelaki daripada ayah sebab itu seorang ayah seboleh mungkin cuba menonjolkan dirinya sebagai lelaki yang gentlemen, pelindung, prihatin, penyayang dan tegas. Percayalah, seorang ayah akan lebih mudah berasa kasihan jika anak perempuannya ditimpa masalah. Malah dialah yang lebih memberi keyakinan dan semangat kepada anak dengan caranya yang tersendiri. Benarlah kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa! Sumber : Pa&Ma |
20
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
18
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT