Oleh : Dean BZ Pengiktirafan ke atas peranan wanita telah mendorong persetujuan PBB pada tahun 1975 untuk menetapkan bahawa tanggal 8 Mac setiap tahun itu sebagai tarikh rasmi bagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA). Di peringkat negara kita sendiri, Hari Wanita Antarabangsa (HWA) telah disambut kali pertamanya pada tahun 1975. Pada masa yang sama terdapat satu lagi tarikh untuk Sambutan Hari Wanita di peringkat kebangsaan (Malaysia) iaitu pada tanggal 25 Ogos setiap tahun. Sepadu Usaha Tiada Wanita Ketinggalan dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada tahun ini, seiring dengan komitmen Malaysia untuk memastikan penglibatan semua pihak ke arah kemajuan wanita dan kesaksamaan gender.
Dirasmikan Perdana Menteri, sambutan peringkat kebangsaan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya bakal menyaksikan perhimpunan wanita dari bermacam latar belakang yang terbabit menjadi tenaga kerja di negara ini. Bagi merealisasikan sambutan yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS) ini KPWKM dibantu agensi di kementerian iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia (ISM), Institut Pengupayaan Wanita bagi Negara-Negara Berkecuali (NIEW) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) selain agensi- luar, pihak IPTS, sektor korporat dan swasta. Antara aktiviti sempena sambutan yang telah dirangka adalah Sesi wawancara bersama ahli panel yang akan berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan masing-masing untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita umumnya, penyampaian sijil penghargaan kepada syarikat Agenda 30 Peratus dan Pelancaran Program Mamacare. Seramai 3,000 peserta yang terdiri daripada golongan muda dan profesional yang mewakili pelbagai Kumpulan Sasar dan NGO telahpun dijemput bagi memeriahkan acara sambutan. “Saya mewakili Kementerian berpesan kepada wanita Malaysia bahawa anda mampu menjadi penyumbang kepada kebaikan negara sekiranya pengamalan budaya yang cemerlang, ketepatan, berilmu, tabah, berintegriti, setia, bijaksana serta berinovasi diamalkan dalam apa jua lapangan yang diceburi. “Saya juga berharap supaya sambutan kali ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang bagi menghargai wanita dan meneruskan legasi kecemerlangan wanita di negara ini,” ujar Rohani. Sumber - mynewshub
|
35
Bagus |
40
Marah |
21
Terkejut |
20
Sedih |
43
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT