Oleh : Dean BZ Perkara pertama yang kebiasaannya membuatkan lelaki tertarik dengan wanita adalah wajah yang menarik, bentuk tubuh yang seksi serta daya tarikan yang menggoda seperti lirikan mata atau senyuman menawan.
Jika majoriti lelaki dilihat lebih tertarik pada bentuk tubuh badan wanita, berbeza pula dengan cara wanita menilai "keistimewaan" yang ada pada lelaki. Selain berwajah kacak, berikut adalah 7 perkara utama yang biasanya dinilai oleh wanita terhadap lelaki : 1- Bau tubuh – Wanita suka lelaki yang menjaga kebersihan diri mereka. Bau harum tubuh dengan percikan haruman yang maskulin tentu menjadi markah tambahan buat lelaki.
2- Ketinggian – Lelaki yang dilahirkan dengan bentuk tubuh yang tinggi biasanya tampak lebih outstanding. 3- Postur badan – Lelaki yang tegap dan segak sewaktu berjalan memang mudah membuat wanita tertarik. 4- Otot lengan – Tidak hairan mengapa semakin ramai lelaki mendaftarkan diri ke gimnasium, semuanya kerana lengan yang berotot buat mereka mendapat lebih perhatian. 5- Kebolehan berjenaka – Tidak semua insan bertuah dilahirkan dengan sense of humor. Gunakannya dengan baik jika anda antara lelaki terpilih dikurniakan kebolehan ini. 6- Rahang – Wajah lelaki yang ‘sharp’ dengan rahang yang tajam menonjolkan bentuk wajah yang lebih maskulin. 7- Senyuman – Barisan gigi yang tersusun dan putih menyerlahkan senyuman. Jadi jagalah kebersihan mulut anda kerana dari senyuman mungkin anda bisa menawan hati wanita idaman anda. Selain 7 perkara diatas, apa lagi yang membuatkan sis tertarik pada seseorang lelaki? - CARI Sumber : eh.com.my
|
18
Bagus |
21
Marah |
24
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
che_kembang replied at 25-8-2016 08:26 PM
iols vote #5 ceria gitu..biasa nya laki begini kurang amik ati kalau pompuan buat hal..hehe..pemerha ...
ADVERTISEMENT