Oleh : Dean BZ Aktres dan penyanyi Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad Binti Haji Ibrahim baru sahaja putus cinta, tiba-tiba pula pelakon Ashraf Muslim dikatakan menghubungi semula bekas kekasihnya itu. Bagaimanapun Ashraf menafikannya dan dia tidak mudah melatah apabila gosip mengenai dirinya menghubungi semula Sherry Ibrahim mula tersebar hingga ke pengetahuan isteri-isterinya. “Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan”
“Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian,” jelasnya kepada Harian Metro. Mengetahui perkara tersebut hanyalah gosip dan tidak benar sama sekali, Ashraf menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan selain menyatakan tidak ada kepentingan lagi dia berbuat seperti dakwaan gosip berkenaan. “Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri,” katanya. Baru-baru ini, Sherry Ibrahim dan pelakon Fattah Amin akhirnya sepakat berpisah setelah dua tahun menyulam cinta kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Namun ada ura-ura menyatakan punca mereka berpisah disebabkan oleh orang ketiga. Apa jua punca perpisahan mereka, dah memang tiada jodoh nak buat macam mana lagi kan. - CARI Sumber - Harian Metro, Rotikaya
|
18
Bagus |
5
Marah |
26
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bambimo replied at 25-8-2016 12:38 PM
sudah tiba masanya..
wan sakinah ada kawan baru pulak..
bambimo replied at 25-8-2016 12:38 PM
sudah tiba masanya..
wan sakinah ada kawan baru pulak..
jemahjacjon replied at 25-8-2016 12:54 PM
Apa punca diorg break dulu? Nmpk gaya mcm break tak baik pasal dah tak hubungi lgsg lepas berpisah k ...
fynnkakiblock replied at 25-8-2016 01:35 PM
Ashraf kan more to islamic sikit masa tu sherry masih jahil
ADVERTISEMENT