oleh Adib Za Bukan mudah menjadi wanita yang bekerja dalam masa yang sama perlu menguruskan anak-anak. Dengan pelbagai tugasan di pejabat yang menjadi periuk nasi, dalam masa yang sama perlu menjaga 'harta' dan syurga kita iaitu anak-anak.
Jika diberi peluang, adakah anda sanggup dengan waktu bekerja sekarang dipendekkan untuk kaum wanita? Waktu kerja yang lebih fleksibel ini bukan satu omongan kosong kerana memang ada kajian mendapati waktu kerja yang fleksibel bukan sahaja membantu pekerja menguruskan hal peribadi dengan baik, malah membantu inovasi dan produksi di kalangan pekerja. Baru-baru ini pula, Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut mencadangkan waktu fleksibel ini terutama di kalangan wanita. “Apabila waktu bekerja itu fleksibel seperti wanita itu masuk kerja pukul 10 pagi dan pulang pada 6 petang, maka dia (wanita) ada masa untuk uruskan anak dan keluarga terlebih dahulu sebelum keluar bekerja.
“Pengurusan waktu kerja fleksibel diperlukan wanita bekerjaya,” katanya, petik laporan Bernama. Malah, jika dilihat waktu bekerja 40 jam seminggu di negara ini adalah lebih panjang berbanding negara lain. Ini termasuklah Belanda (29 jam), Denmark (33 jam), Ireland (34 jam), Australia dan Itali (36 jam), petik laporan Liputan6. Oleh itu, apa pendapat anda? Sebagai wanita terutamanya pastinya hal ini mampu memberi kelebihan dan juga 'win-win situation' kepada anda dan juga syarikat, kan? - CARI |
21
Bagus |
27
Marah |
24
Terkejut |
15
Sedih |
24
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT