oleh Adib Za Primadona negara, Erra Fazira nampaknya kini telah mempunyai produk minyak wangi di bawah jenamanya sendiri. Seakan menjadi trend di kalangan selebriti tempatan yang memiliki jenama minyak sendiri, bagaimanapun Erra dikatakan sudah ketinggalan dengan trend tersebut kerana ramai yang sudah mendahuluinya.
Bagaimanapun, menerusi Mstar Online Erra berkata dia tidak kisah bila dilihat lambat kerana yang penting yakin dengan produk yang dihasilkan. "Saya memang seorang yang suka dengan minyak wangi sejak dahulu lagi dan telah menjadi impian saya menghasilkan wangian sendiri. "Alhamdulillah saya mendapat peluang itu walaupun mungkin ada yang kata saya terlambat kerana ramai selebriti sudah ada rangkaian tersendiri namun itu bukan halangan. "Saya dapat tawaran ini tahun lalu dan proses pemilihan bau, pemasaran dan sebagainya mengambil masa setahun. Ia satu masa yang panjang tetapi biar lambat asalkan produk yang dihasilkan bermutu tinggi dan berkualiti," terangnya.
Minyak wangi Erra yang diberi nama Love Me Not dan Loveable itu menggunakan pati yang diimport dari United Kingdom dan dicipta oleh pembikin wangian bertaraf antarabangsa. Love Me Not dijual dengan harga RM88.00 (50ml) dan Loveable (30ml) dijual pada harga RM49.90. - CARI Sumber: Mstar Online |
11
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mokcikKSKB replied at 24-8-2016 11:44 AM
Apsal kebanyakan perfume retis ni kuning2 mcm kencing?serupa minyak atta ada jugak
Cloudfly replied at 24-8-2016 02:57 PM
Mokcik punya komen xle blaaa..smp hati tau mokcik sma ngn kencing..
mokcikKSKB replied at 24-8-2016 11:44 AM
Apsal kebanyakan perfume retis ni kuning2 mcm kencing?serupa minyak atta ada jugak
mokcikKSKB replied at 24-8-2016 11:44 AM
Apsal kebanyakan perfume retis ni kuning2 mcm kencing?serupa minyak atta ada jugak
ADVERTISEMENT