Oleh : TS LOO Mengunjung ke taman safari atau taman zoo memang aktiviti kekeluargaan yang angat digalakan agar jalinan hubungan antara ibu bapa dengan anak dapat dipereratkan lagi.
Namun sebagai ibu bapa adalah diingatkan wajar memberi perhatian yang sepenuhnya buat anak-anak ketika berada di kawasan zoo kerana ada kala sesuatu kejadian di luar jangkaan akibat tabiat haiwan yang mungkin mengundang bahaya ke atas anak-anak kita. Sepertimana sebelum ini bertempat di sebuah zoo di Rabat, ibu kota Morocco, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun maut terkena batu ketika seekor gajah sedang mengamuk. Terbaru Di Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak bernama Madison Holland yang berusia 11 tahun digigit seekor unta pada pada bahagian tangan di sebuah Taman Safari Virginia. Inside Edition melaporkan, ketika itu mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong secara 'drive thru' untuk menghadiri majlis harijadi dan difahamkan mangsa tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit. Menurut peguam Madison, kejadian yang berlaku pada sekitar Mei 2015 itu membolehkan keluarga Madison terima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75) hasil kemenangan saman gabti rugi ke atas Taman Safari berkenaan. Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 apabila usia beliau menginjak 18 tahun dan kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun. Sebanyak AS$40,000 pula akan digunakan untuk menampung bil perubatan dan bayaran guaman.- CARI sumber info: www.insideedition.com |
13
Bagus |
18
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fishcracker replied at 24-8-2016 08:39 AM
tangan/jari putus ke?
ke sebab jangkitan tu yang dpt gantirugi
ADVERTISEMENT