Oleh Izzah Abbasy
Terdahulu kedai Kelentit Rindu milik pelakon dan model Ahya Rosli menjadi kontroversi gara nama kedai yang sangat tidak sesuai. Namun, semalam Ahya Rosli memberitahu kedai shiha miliknya diserbu pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat aduan daripada beberapa pihak yang kurang senang dengan nama Kelentit Rindu digunakannya. Ahya, 29, berkata, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri juga meminta untuk dia menukar nama baharu kedai berkenaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang senang masyarakat. "Saya sudah tukar nama kepada Alyahyashisa kerana mama suruh tukar, dia prihatin dengan masyarakat yang kurang senang dengan nama tersebut selepas ia menjadi kontroversi. "Selepas berita itu keluar ada pihak yang melaporkan kedai saya itu kepada DBKL, mereka datang ke kedai untuk menyiasat namun tidak menjumpai apa-apa kerana saya tidak menggunakan papan tanda untuk nama itu. "Saya tidak faham kenapa orang dengki dengan saya sedangkan saya tidak pun menganggu hidup mereka," ujarnya. Ahya dihubungi bagi mengetahui perkembangan kedai shiha miliknya yang menjadi kontroversi selepas menggunakan nama merujuk kepada sejenis bunga (cendawan) namun ditafsirkan sebagai lucah. Tambah Ahya, kedai yang kini bertapak di Setapak itu masih meneruskan operasi seperti biasa. - CARI Sumber : mStar |
16
Bagus |
37
Marah |
30
Terkejut |
29
Sedih |
20
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mimi77 replied at 23-8-2016 11:24 AM
ape kejadah dlm banyak2 nama...pilih nama itu yg dipilih
zulka replied at 23-8-2016 10:58 AM
nama kedai sama huduh dgn tuan
harkktuih replied at 23-8-2016 03:46 AM
mmg wujud nama pokok kelentit neh..so jabatan berkaitan kena tukarkan nama pokok gak ke demi jaga se ...
ADVERTISEMENT