oleh Adib Za Harus diakui bukan semua wanita gemarkan minyak wangi kerana sensitif pada kulit, membuatkan kepala pusing dan pelbagai faktor lain.
Namun, risau rasanya jika tak memakai apa-apa perfume, nanti di pejabat berbau kepam dan memalukan diri sendiri pula! Jangan risau jika anda tidak gemarkan minyak wangi biasa, anda boleh menggunakan cara lain seperti berikut: 1. Minyak essential Bukan seperti minyak wangi biasa, minyak essential tidak sahaja berbau harum, namun boleh meningkatkan kesihatan dan membuatkan anda lebih tenang. Pakar berkata minyak essential boleh menyembuhkan kesakitan mental, fizikal dan emosi. Anda boleh calitkan pada kulit, baju, alat pembakar mahu pun penyembur automatik. Pilihlah minyak essential seperti lavender, tea tree, pudina dan sebagainya.
2. Hair mist Jangan tak tahu, hair mist yang harum dan menyegarkan itu sangat baik untuk mengelakkan bau peluh dan kepam daripada terbit pada badan anda. Ia bukan seperti minyak wangi yang memeningkan kerana bahan utamanya ialah air yang lembut, dan melembapkan. 3. Pewangi fabrik Tak perlu berhabisan ratusan ringgit dengan membeli minyak wangi berjenama. Pewangi fabrik pun sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran pada pakaian anda sekaligus mengelakkan bau hangit terpancar di sekeliling anda. Semburkan pada pakaian, sofa, langsir dan sebagainya untuk kesegaran yang menceriakan dan menenangkan. - CARI |
13
Bagus |
1
Marah |
14
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn replied at 22-8-2016 10:40 PM
beli dr mist kt guardian.
deathacker replied at 22-8-2016 09:43 PM
kalau takut badan bau hangit atau tengik terutama kat ketiak tu,
boleh sapu bedak agnesia yg botol ...
zoe1511 replied at 23-8-2016 10:14 AM
iols dah cuba dr mist tu, tak jalan la uols. naik rashes lagi
ADVERTISEMENT