oleh Adib ZA Benarkah lelaki ada sikap mengada-ngada dan juga manja terlebih ketika mereka sakit? Bukan itu sahaja, ketika inilah nampak sisi keanak-anakan mereka walaupun sudah bergelar bapa budak!
Kata orang, sebesar mana pun anak lelaki, bila demam pasti mahukan ibunya! Betul tak? Aww! Ada benarnya anggapan dan juga kata-kata tersebut. Memetik laman Redbookmag, sikap manja seseorang lelaki ketika sakit boleh jadi ada kaitan dengan rasa rindu ketika dirawat dan dibelai ibunya ketika kecil. Bagi kebanyakan lelaki, sentuhan lembut tangan ibu dan kemanjaan yang diberikan ketika sakit ingin diulang kembali meskipun mereka sudah dewasa dan besar panjang. Berbeza dengan wanita yang lebih berdikari dan mampu merawat diri sendiri ketika sedang sakit atau pun demam. Jangan anda tak tahu, kebanyakan wanita mengeluh tentang perangai pasangan masing-masing yang terlebih manja mengalahkan anak kecil. Mereka ini mahukan dibelai dan dijaga seperti ibu merawat mereka. Itu yang diterangkan oleh Mary Jane Minkin, doktor dari Yale School of Medicine. Jadi buat mereka yang sudah bersuami, layankan sahaja sikap suami yang mengada-ngada itu, asalkan permintaan mereka tak berlebihan dan menyusahkan anda. Sesekali nak bermanja, apa salahnya kan? - CARI |
ADVERTISEMENT