Oleh : Dean BZ Dimasa ini, telefon pintar atau smartphone merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Smartphone mula menjadi kegilaan generasi baru selari dengan perkembangan pesat dunia teknologi abad ini. Terdapat pelbagai jenama dengan fungsi dan harga yang berbeza untuk setiap smartphone dipasaran. Dengan adanya banyak jenama mungkin menjadi sedikit kesukaran untuk anda memilih smartphone yang bagus. Bagi yang tidak tahu cara memilih telefon smartphone dengan betul dan berbaloi, disini kami sediakan sedikit panduan untuk anda. 1. Bandingkan harga smartphone di kedai-kedai lain Sama seperti untuk membeli barang-barang lain, membeli telefon bimbit juga perlu melakukan banyak "survey" harga. Bandingkan harga dengan banyak kedai untuk memastikan harga yang anda dapat berbaloi. Jadi jangan terlalu teruja jika anda ditawarkan dengan harga yang konon murah kerana siapa tahu dikedai-kedai lain jauh lebih murah.
2. Pastikan original Smartphone baru tidak semestinya semua original, kadang-kadang kita terkejut ditawarkan harga yang sangat murah. Tanya betul-betul atau periksa dahulu smarphone tersebut samaada original atau recond sebelum terus membelinya. 3. Jangan terikut-ikut orang atau trend Tak perlulah terlalu mengikut trend kerana teknologi telefon bimbit sangat laju dan sentiasa ada pengeluaran baru. Jadi berjimat dan ukur lah baju dibadan sendiri. Kalau smartphone masih elok kenapa pula perlu ditukar? Tidakkah itu satu pembaziran. 4. Pilih storan yang tidak mencukupi Jangan terlalu melihat pada bentuk, kamera dan harga semata-mata. Saiz storan dalam smartphone (internal) adalah yang terpenting kerana ia menentukan berapa banyak sesuatu file, gambar atau video dapat disimpan. Jika saiz storan rendah, smartphone anda akan cepat "hang". 5. Memilih saiz skrin Bab saiz ni kena ikut kesukaan masing-masing. Jika anda jenis rabun disarankan ambil skrin melebihi 4.0 inci tetapi jika nak senang simpan dalam poket, ambilah skrin bersaiz 4.0 inci kebawah. Semoga tips yang dikongsikan dapat dijadikan panduan buat anda. Jangan lupa share tips berguna ini dengan rakan-rakan. - CARI |
12
Bagus |
21
Marah |
15
Terkejut |
18
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noell replied at 22-8-2016 03:08 PM
semua point2 kt atas tak valid utk ifon takcaya tanya @dinopower
utk ifon point dia satu saja... ...
noell replied at 22-8-2016 03:08 PM
semua point2 kt atas tak valid utk ifon takcaya tanya @dinopower
utk ifon point dia satu saja... ...
ADVERTISEMENT