Oleh Izzah Abbasy
Pencalonan filem Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit karya Pekin Ibrahim yang diterbitkan bersama Skop Productions dalam beberapa kategori pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) dipertikai oleh sesetengah pihak. Tuduhan tidak berasas itu membuatkan Pekin merasa kecewa dan pada masa yang sama geram apabila karyanya itu terus dipersoalkan dan masih dipertikaikan sehingga kini. Lebih menyedihkan lagi, karyanya dipertikai sendiri oleh idolanya. Siapa individu yang dimaksudkan Pekin? "Buruk sangat ke filem saya sehingga pihak tersebut cuba mempertikaikan kewajarannya bertanding di FFM28? Mereka ini menonton atau tidak filem saya atau sekadar menilai pada tajuk? "Sebenarnya mereka inilah yang mengajar saya jadi seorang fighter dan saya takut perkara ini kelak akan membuatkan saya jadi lebih kurang ajar dari mereka," katanya. Menurut Pekin, naskah beliau sama sekali tidak memberikan pengaruh negatif kepada masyarakat dan turut menyelitkan mesej berunsur keagamaan. Lapan pencalonan, lima daripadanya adalah karya Pekin di FFM28. Pekin menerima lima pencalonan untuk filem Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit iaitu Pengarah Baharu Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik Cerita Asal Terbaik dan Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan. - CARI Sumber : Rotikaya
|
9
Bagus |
15
Marah |
3
Terkejut |
12
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rosasa replied at 19-8-2016 08:35 AM
akak dah tengok filem tu, jujur ya pekin, memang hauk
shi_jewel replied at 19-8-2016 09:45 AM
Mana satu lagi hauk...
Mat moto VS mami jarum?
bambimo replied at 19-8-2016 08:33 AM
hi pekinmon
xpe kalo merajuk kan say goodbye to this industry
bln 12 dah boleh start cari tem ...
ADVERTISEMENT