oleh Adib ZA Seorang lelaki telah diarahkan dan dijatuhkan hukuman oleh hakim untuk tidak melakukan pesanan piza melalui telefon.
Apa sudah jadi? Pelik pula hukuman ini kan? Sebenarnya, lelaki tersebut, Randy Riddle, 49 dari Indiana River, Amerika Syarikat telah didapati melakukan penipuan dengan tidak membayar piza yang dipesan. Dengan pelbagai alasan dan juga taktik, ada sahaja cara untuk dia mengelak dari membayar piza yang dipesan melalui telefon itu. Antaranya dia menggunakan lima nombor telefon berbeza untuk melakukan panggilan, nama palsu, tidak mahu memberitahu nama dan memberikan alamat palsu.
Salah satu pemilik piza telah mengaku mengalami kerugian sehingga USD$667 bersamaan RM2,668 kerana piza yang dipesan tidak dibayar lelaki itu. Untuk rekod, Randy telah ditahan pada 1 Ogos lalu dan dibebaskan namun diberikan syarat untuk tidak lagi menghubungi restoran piza! - CARI |
7
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
3
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT