Oleh Izzah Abbasy Wet tissue (baby wipes) atau tisu basah sudah menjadi keperluan bagi ibu bapa untuk kegunaan mencuci najis bayi mereka. Digunakan mencuci najis ketika bayi baru dilahirkan dan juga ketika berada di luar. Kadang-kadang ibu bapa juga menyediakan tisu basah ini untuk anak-anak yang dihantar ke pusat jagaan. Namun, dalam tidak sedar, tisu basah ini terdedah kepada mudaratan terhadap bayi. Hal ini juga turut disahkan oleh seorang doktor selepas si ibu membuat pemeriksaan kepada bayinya dan didapati anaknya mengalami kencing kotor. Ia rupanya disebabkan oleh tisu basah ini. Adakah tisu basah bahaya untuk kanak-kanak? Jom kita baca pengalaman ibu ini yang telah dikongsikan oleh laman Info Ibu Hamil. - CARI |
Super-M replied at 18-8-2016 02:36 PM
@ipes2 komen sikit
ipes2 replied at 20-8-2016 06:25 PM
Terima kasih SM.
Hmm.. rasanya over reacting je tu.
Doctor Pakar tu ada MRCPaeds ke?
chazey replied at 20-8-2016 07:33 PM
Sukor ada Dr. Ipes di forum ni. Kalau tak harus jenuh ai tenyeh ponggong baby ai dengan tisu tanda ...
ADVERTISEMENT