oleh Adib Za Masyarakat Melayu memang kaya dengan adat dan juga pantang larangnya termasuklah buat ibu yang sedang mengandung.
Meskipun pantang larang itu tiada bukti secara saintifik, namun kita faham ia bertujuan tak mahu memberi kesan negatif kepada bayi. Malah, ia untuk kebaikan kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan. Jom lihat apakah pantang larang untuk ibu sedang hamil. Moga-moga boleh membantu anda sedikit sebanyak ya! 1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. 3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir sumbing atau mengalami kecacatan. 4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. 5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya. 6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan. 7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur. 8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. 9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur. 10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat. 11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri. 12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar. - CARI Sumber: Tips Mudah Hamil |
28
Bagus |
21
Marah |
27
Terkejut |
40
Sedih |
30
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT