Oleh Izzah Abbasy
Wanita jika dihadiahkan dengan sejambak bunga, mulalah tersenyum sampai ke telinga. Lumrah jadi wanita yang sukakan bunga kerana menganggap bunga mempunyai nilai yang tinggi selain cantik dan hadiah paling disukai. Jika anda perasan, kebiasaan anda akan menerima bunga ros bukanlah berwarna merah sahaja. Kadang-kadang warna putih, kuning, ungu, merah jambu dan lain-lain. Betul tak? Terfikir jugalah apa makna di sebalik setiap bunga ros yang berlainan ini kuntuman bunga yang diberikan. Pemberian bunga ros memang sinonim untuk melambangkan tanda cinta, kasih sayang dan menghargai kepada si penerima. Si pemberi juga perlu mengetahui warna dan bilangan bunga ros yang diberi. Kalau tersalah tafsir susah pula nanti. Nah, selidik warna bunga ros yang anda terima. Kena tak dengan pemberian itu? 1. Bunga Ros Merah Membawa maksud cinta dan sayang. Kebiasaannya bunga ros merah untuk menyampaikan kata “I Love You”. Namun kerana bunga ros sering dikaitkan dengan warna merah, maka ia juga turut diberikan untuk menunjukkan rasa penghargaan dan juga untuk majlis rasmi. Bunga ros pink kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira. Ros pink sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. 3. Bunga Ros Kuning Bunga ros kuning pula melambangkan persahabatan dan juga permulaan kepada suatu yang baru, contohnya perhubungan yang baru. Bunga ros kuning juga boleh diberikan untuk mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan. 4. Bunga Ros Putih Bunga ros putih sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Sesuai dengan maksudnya, bunga ros putih sering dijadikan gubahan pada hari perkahwinan. 5. Bunga Ros Ungu Biarpun memberi atau menerima bunga ros ungu bukan sesuatu yang sering kita lihat atau dengar, tetapi bunga ros ungu tetap membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama. 6. Bunga Ros Oren Bunga ros oren pula sering diberi sebagai tanda pengharapan iaitu untuk meluahkan rasa ingin memiliki perhubungan yang lebih bermakna. Bunga ros oren juga sesuai diberi kepada rakan kongsi sebagai tanda kerjasama dalam perniagaan. Sumber : SK |
21
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT