CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Gara Marah Peminat, Justin Bieber & Selena Gomez 'Berperang' Di Instagram

17-8-2016 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9356| Komen: 30

Oleh Izzah Abbasy

Ramai yang ternanti-nanti apakah 'drama' antara penyanyi antarabangsa, dan juga bekas kekasih yang menjadi pujaan peminat iaitu Justin Bieber dan Selena Gomez apabila berbalah di laman Instagram.


Perbualan hangat tersebut menjadi trending dalam kalangan netizen hari ini.

Semuanya gara-gara tindakan Bieber meninggalkan komen yang ‘kasar’ untuk peminatnya selepas mereka mengecam Sofie Richie, model yang dikhabarkan kekasih terbaharu Bieber.

Pada Ahad lalu, menerusi laman Instagram, Bieber mengugut peminatnya dengan menyatakan dia akan menukar tetapan privasi akaun miliknya jika mereka masih berterusan mengkritik kawan baik penyanyi itu, Richie.

“Saya akan memprivasikan akaun Instagram saya jika anda terus menunjukkan kebencian. Jika anda benar-benar seorang peminat, anda tidak akan berkelakuan sebegitu terhadap orang yang saya suka,” tulis penyanyi berusia 22 tahun itu sambil berkongsi sekeping gambar dia bersama Richie.

Namun, disebabkan itu Selena Gomez tampil untuk menyebebelahi peminat dengan meninggalkan komen ;

“Jika anda tidak boleh mengendali kebencian, jadi berhenti berkongsi gambar teman wanita anda - ia sepatutnya istimewa antara kamu berdua sahaja.

"Jangan marah pada peminat. Mereka sayang anda,” komen Selena.

Bieber kemudian balas komen tersebut dengan nada sindiran.

“Ia agak lucu untuk melihat orang yang pernah gunakan saya untuk perhatian masih cuba untuk menuding jarinya kepada saya.”


Bagaimanapun, Selena tidak berdiam diri, malah membalas komen bagaikan Bieber pernah 'bercurang' beberapa kali.



Peminat  berpendapat Bieber gagal menghormati peminatnya dan menyokong komen yang ditinggalkan oleh Selena.

Kini, hashtag #SelenaEndedJustinParty menjadi trending di Twitter gara perbalahan antara Justin dan Selena.




Malah, bukan itu sahaja Justin Bieber nampaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan drastik demi menjaga hati teman wanitanya, Sofia Ritchie dengan menutup akaun Instagramnya selepas 'drama' tersebut menjadi trending.

Kata-kata itu ditunaikan apabila Bieber berbuat demikian pada malam Isnin, sebelum kemudian menyahaktifkan akaun yang memiliki hampir 78 juta pengikut itu.

'Drama' antara mereka menjadi semakin panas apabila golongan peminat Bieber yang dikenali sebagai Beliebers, dilihat menyokong Selena Gomez. - CARI

Akaun Instagram Justin Bieber telah ditutup




9

Bagus
10

Marah
19

Terkejut
17

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 17-8-2016 10:43 AM
JB dah deleted his IG account dah pun
Quote nut.legacy 17-8-2016 10:59 AM
go go selena
Quote mieymiey 17-8-2016 11:29 AM
Nampak sangat JB ni masih menyimpan perasaan dekat Selena
Quote ankgajah7578 17-8-2016 11:33 AM
JB........dalam hati ada
Quote qiqi 17-8-2016 12:42 PM
hhahahaha tatu penuh padan..jiwa sgt sensitif
Quote CikNia 17-8-2016 03:00 PM
hahahha..So Selena 1 - 0 Justin eh?
Quote tom2 17-8-2016 03:15 PM
Nampak cam salena tak move on. Biarla orang tu nak pertahankan awek dia, yang ko sibuk nape? Ko pon dulu ditayang2 jugak. Move on dik.
Quote antidote 17-8-2016 03:30 PM
ramainya follower dia.. 78juta..
Quote Loloq89 17-8-2016 03:38 PM
budak bodo je layan bibir
Quote hipopotamus 17-8-2016 03:56 PM
Wooo... go go go Selena!
Tak kisah lah kalau dulu SG gunakan JB sekali pun,
sekurang-kurangnya she did support JB all the way.
SG napak lah jugak mature dia, tapi JB?
Ada satu video dia main skateboard tengah-tengah bandar, macam tah pape aje.

#teamselena
Quote gerbera.memopad 17-8-2016 03:59 PM
Aik, baru aje aku komen JB ada softspot in his heart for Selena, tetiba gaduh pulak. Tak masinnya jari aku

Anyway, nampak bebenor Selena masih ada hati kat JB. You wouldn't give a damn about your ex sampai macam ni unless masih ada perasaan kat orang tu.

Quote mieymiey 17-8-2016 04:10 PM
gerbera.memopad replied at 17-8-2016 03:59 PM
Aik, baru aje aku komen JB ada softspot in his heart for Selena, tetiba gaduh pulak. Tak masinnya ja ...

Khennn? Nampak sangat SG masih ambil kesah pasal JB. JB pun nampak sangat hati tisu. Maybe kalau celeb lain yang tegur, dia takkan sampai nak delete ig. Nampak sangat depa dua ni masih tak move on lagi.
Quote Themilo 17-8-2016 04:23 PM
qiqi replied at 17-8-2016 04:42 AM
hhahahaha tatu penuh padan..jiwa sgt sensitif

tatoo penuh badan, jiwa sensitif, sesuai la dengan saiz ciknek heols
Quote deathacker 17-8-2016 05:10 PM
budak2 kalau bergaduh gitu la. dia kata dia, yg org tu kata org ni x pyh la di layan
Quote blackwidowbae 17-8-2016 05:18 PM
Justin gedikkkkkkksssssss!!! Typical jantan hauk gitu ler pangai..phuii
Quote -electrifying- 17-8-2016 05:19 PM
#teamselena
Quote dyana612 17-8-2016 05:37 PM
Team  salenagomez
Quote CikNano 17-8-2016 07:20 PM
Team selena gomez..  Nampak sgt BBNU justin
Quote dani-rox 17-8-2016 10:06 PM
obvious sgt selena tak bole move on lg. ko kan cantek dan comel, ramai jah jantan jauh lg baik sudi beratur nakkan ko.

Don’t be mad at your fans. They love you. They were there for you before anyone


pandai sheols ambik hati dan saiko-kan peminat bibir (yg memang dah lama saiko pun ) padahal beliberss tu la yg mencerca menyumpah seranah selena sepanjang dia org ngedate dulu.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055942 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top