CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berita Palsu Acappan Peluk Islam, Keluarga Masih Trauma

16-8-2016 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6929| Komen: 33


Pada Jun lalu, menjadi viral beberapa keping foto di media sosial menyatakan pelawak Acappan telah memeluk agama Islam namun segera dinafikan oleh pelawak itu.

Antara foto yang tersebar sebelum ini yang mendakwa Accapan memeluk Islam.

Menurut Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, 58, foto-foto tersebut adalah sewaktu dia menghadiri jemputan buka puasa di salah sebuah surau di Salak Tinggi.

Biarpun isu itu hampir 2 bulan berlalu, menurut laporan Mstar Online, keluarganya masih trauma dengan berita itu walaupun dia sudah berusaha memujuk mereka dan menjelaskan perkara sebenar.

Acappan memberitahu bahawa isteri dan anaknya-anaknya masih bersedih dengan berita itu dan sukar untuk memulihkan kepercayaan mereka.

"Isteri saya seolah-olah sudah tidak percaya kepada saya lagi dan hatinya masih terluka dengan laporan saya kononnya sudah menukar agama. Agak sukar untuk memujuk dia yang sedang merajuk,” katanya kepada ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Acappan, setakat ini dua anak lelakinya memahami pendiriannya sementara isteri dan seorang lagi anak perempuannya masih sedih dengan berita itu.

"Anak lelaki senang sikit nak ‘handle’ tapi isteri dan anak perempuan saya, mereka tu seolah-olah tidak percaya kepada saya tetapi saya cuba untuk memujuk mereka,” katanya.

Terdahulu, Acappan secara terbuka menyatakan dia suka dengan agama Islam dan memang banyak bercampur dengan rakan-rakan beragama Islam dan mempunyai pengetahuan mengenai agama itu namun belum terbuka hati ke arah memeluk Islam.

Kesian Acappan, akibat tindakan tidak bertanggungjawab oleh individu yang menyebarkan berita palsu mengenai penukaran agamanya, hingga kini dia terpaksa menanggung akibat. Bersabarlah Acappan. - CARI


Kredit foto - blog.cc.net.my


Sumber - MstarOnline
11

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 16-8-2016 04:00 PM
Aduhai..sian pula kat acapan
Quote munchkin 16-8-2016 04:09 PM
Kesian acapam. Aunty jgn percaya sgt. Depa ni suka viral tanpa usul periksa
Quote LadyDiddy 16-8-2016 04:32 PM
sian pakcik acappan tak pasal2 je
sesetengah ummah melayu memang camtu...ingat kita je sensitip bila orang kita keluar agama? ummah agama lain tak sensitip?
suka2 je share tak check bebetul dulu
kalau benda betul pun chuols takde hak untuk share without permission tuan punya badan hokay
Quote sepitsiput 16-8-2016 05:01 PM
sebelum ada porumer nk seru nama meols.. nah meols update perkembangan terkini training merangkak meols...dah up ke level mengengsot ok

Quote violet1212 16-8-2016 05:03 PM
aduyaaaiiii korg ni please respect ye sensitivity agama lainnnnn
Quote zulka 16-8-2016 05:03 PM
memang tak masuk akal langsung berita ni...
kot acapan tu bujang lagi mungkin ye la..
Quote Cintakapuri 16-8-2016 05:12 PM
sepitsiput replied at 16-8-2016 05:01 PM
sebelum ada porumer nk seru nama meols.. nah meols update perkembangan terkini training merangkak me ...

Watde.....
Gelak sorang2 iolss
Quote cm_matjawasp 16-8-2016 07:25 PM
Cepat sangat viral.pantang tengok kawan tu pi surau..patutnya slow slow dulu..apa apa pun moga Allah beri hidayah padanya.
Quote rania_maira 16-8-2016 07:31 PM
sepitsiput replied at 16-8-2016 05:01 PM
sebelum ada porumer nk seru nama meols.. nah meols update perkembangan terkini training merangkak me ...

Nmpk ke tu nk mengengsot ke mne kaka sepit? Haha.. Kot ye pon potong la rmbut tu dlu.. brulah lancar skit proses engsotan kaka tu..   
Quote Joannalee 16-8-2016 07:31 PM
Sian acapan... Bab2 agama ni mmg sensitif... Teruk btl la menviralkan bende x btl
Quote merahrose 16-8-2016 07:35 PM
sepitsiput replied at 16-8-2016 05:01 PM
sebelum ada porumer nk seru nama meols.. nah meols update perkembangan terkini training merangkak me ...

    berguling gelak...
Quote sepitsiput 16-8-2016 11:04 PM
rania_maira replied at 16-8-2016 07:31 PM
Nmpk ke tu nk mengengsot ke mne kaka sepit? Haha.. Kot ye pon potong la rmbut tu dlu.. brulah lanc ...

yelah...x tertanggung dosa memviralkan acapan convert. haruslah kene prektis sampai lebam
Quote melinda_kerr 17-8-2016 12:24 AM
sepitsiput replied at 16-8-2016 05:01 PM
sebelum ada porumer nk seru nama meols.. nah meols update perkembangan terkini training merangkak me ...

sebelum sis comment ni sepantas kilat dlm kepala iols teringat sis walaupun baru baca tajuk..  
Quote MekArchana 17-8-2016 12:42 AM
Kesian Accapan.
Quote planetplutop 17-8-2016 12:50 AM
If its the other way round, contoh la artis sekian sekian bergambar bersama paderi ke, mampus chuols kena cerca dgn ummah melayu ni. Tak fikir langsung sensitivity org lain lepas tu sibuk menyalak pasal earning respect.

kesian Acappan. hopefully heols berjaya pujuk isteri heols
Quote MsKathryn 17-8-2016 03:48 AM
Tu la sikit2 viralkan benda yg tak pasti lg..
Quote naynd 17-8-2016 04:13 AM
Yang anak and isteri pun... dah dia terang terang bagi statement satu Malaysia yang dia BUKAN Islam, apa lagi nak marah nya.... -___-
Quote noraidil_06 17-8-2016 07:06 AM
naynd replied at 17-8-2016 04:13 AM
Yang anak and isteri pun... dah dia terang terang bagi statement satu Malaysia yang dia BUKAN Islam, ...

Merajuk n marah tu lain.merajuk ssh skit la nk pujuk.sian acappan
Quote Nenasketum 17-8-2016 10:59 AM
Kesian acappan.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060821 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top